Buletin

TOYO LANCAR PROXES CR1 DI FB PADA 19 NOV 2020. REBUT PELUANG MENANGI 1 SET TAYAR, KAD PETROL PETRONAS

Toyo Tires akan melancarkan tayar terbaharunya, Proxes CR1 di Facebook pada 19 November depan, jam 9.00 malam. 

Sesi penstriman langsung itu boleh anda saksikan di laman Facebook rasmi Toyo Tyre Malaysia di https://www.facebook.com/ToyoTyreMY

Proxes CR1 merupakan tayar yang direka untuk menawarkan rasa premium kepada kenderaan penumpang dan SUV. Ia menjanjikan prestasi terbaik di atas permukaan jalan kering dan basah, menjimatkan minyak serta jangka hayat tayar lebih lama. 

Semua ini dicapai menerusi Teknologi Nano Balance dan T-Mode yang meniru kondisi dunia sebenar serta mengoptimumkan prestasi komponen materialnya. 

Semasa siaran langsung itu, drifter profesional negara, Tengku Djan Ley akan berkongsi pengalaman menggunakan Proxes CR1 yang dipasang pada Mercedes-Benz C230 miliknya dan dipandu uji di ruang parkir Setia City Convention Centre baru-baru ini. 

Perincian mengenai aspek teknikal, saiz dan harga akan didedahkan dalam sesi yang sama. 

Seramai 53 pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik. Tiga orang pertama yang menekan butang LIKE, SHARE video dan MENJAWAB 5 soalan dengan betul akan membawa pulang satu set tayar Proxes CR1.

Manakala 50 pemenang lagi akan menerima kad petrol Petronas bernilai RM20 setiap seorang. 

Google ads
Back to top button