Motosikal

KTM 1290 SUPER DUKE RR EDISI TERHAD SOLD OUT DALAM TEMPOH 48 MINIT!!!

Pengeluar motosikal Austria, KTM baru sahaja memperkenalkan jentera 1290 Super Duke RR tetapi ia sudah habis terjual hanya dalam tempoh 48 minit sahaja.

KTM menggunakan platform jualan online untuk menjual jentera edisi terhad yang hanya dibikin sebanyak 500 unit bagi pasaran seluruh dunia.

Berikutan sambutan luar biasa daripada para pelanggan, syarikat pengeluar tersebut terpaksa membangunkan senarai menunggu jika terdapat pembatalan tempahan.

Jentera 1290 Super Duke RR yang dibangunkan menggunakan bahan gentian karbon dijana enjin V-Twin yang digunakan pada motosikal Hyper Naked sekali gus mampu menjana kuasa 180 hp dan tork 140 Nm.

Ia dilengkapi sistem suspensi WP Apex di bahagian hadapan dan belakang serta lampu LED.

Selain itu, jentera edisi terhad itu hadir dengan sistem ekzos Akrapovic titanium penuh.

Difahamkan, 1290 Super Duke RR dijual pada harga €26,249 (RM129,600). – autoevolution

Google ads
Back to top button