Motosikal

MV AUGUSTA SUPERVELOCE ALPINE TERHAD 100 UNIT, HARGA RM178K

Alpine dan MV Augusta bergabung tenaga dalam menghasilkan motosikal edisi terhad diilhamkan daripada jentera A110.

Dikenali sebagai Superveloce Alpine, model berkenaan menampilkan sentuhan livery berwarna biru yang sepadan dengan A110.

Jentera edisi terhad itu, turut didatangkan lencana dan logo sport Alpine serta rim CNC berwarna hitam.

Superveloce Alpine yang terhad kepada 100 unit sahaja dijual pada harga €36,300 (RM178,124).

Didatangkan bersama tempat duduk Alcantara dengan kemasan benang biru dan strap kulit pada tangki minyak.

Model memiliki ciri-ciri komponen gentian karbon dan titanium itu turut menampilkan motif bendera Perancis dan Itali pada kedua bahagian hadapan fender.

Ia mendapat khidmat enjin tiga silinder 798 cc yang mampu menjana kuasa 145 hp dan tork 88 Nm.

Jika tidak mencukupi kuasa tersebut, jentera itu turut menawarkan kit perlumbaan yang dilengkapi unit kawalan elektronik (ECU) dan sistem ekzos Arrow dalam menambah kuasa output sehingga 151 hp.

Superveloce Alpine hadir dengan sistem transmisi jenis klac manual 6 kelajuan yang membenarkan kelajuan maksimum mencapai 240km/j.

Selain itu, superbike terbaharu itu mendapat brek hadapan Brembo, tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II dan paparan digital 5 inci. – carscoops

Google ads
Back to top button