Motosikal

KTM PERKENAL 1290 SUPER DUKE RR EDISI TERHAD. 500 UNIT SAHAJA

KTM mendedahkan model edisi terhad supernaked 1290 Super Duke RR yang ditawarkan 500 unit sahaja di pasaran seluruh dunia.

Jentera terbaharu itu dibangunkan dengan lebih focus, ringan dan agresif dalam menarik penggemar motosikal.

Ia memiliki berat 9 kg lebih ringan berbanding model Super Duke R dengan berat keseluruhan 180 kg mankala enjin pula mampu menjana kuasa mencecah 180 hp dan tork 140 Nm.

Bagi memastikan 1290 Super Duke RR lebih ringan, jentera berkenaan dibangunkan dengan penggunaan panel badan menggunakan komponen gentian karbon seperti bahagian belakang.

Selain itu, rim juga 1.5 kg lebih ringan berbanding model terdahulu dipadankan tayar Michelin Power Cup2 untuk memastikan cengkaman lebih padu.

1290 Super Duke RR dilengkapi casis dikemas kini, hadir dengan  fork WP Apex Pro 7548 Close Cartridge, damper stereng boleh laras WP Apex Pro 7117 dan monoshock Apex Pro 7746.

Dari segi teknologi, ia didatangkan mod tunggangan Track dan Performance.

Ia memberi kebebasan kepada penunggang memilih tetapan sendiri tanpa had untuk ciri seperti gelincir roda belakang, respons terotel, Kawalan Luncur dan Motor Slip Regulation.

Jentera terbaharu itu hanya boleh ditempah melalui platform online bagi pasaran Eropah bermula pada 8 April ini. – visordown

Google ads
Back to top button