Buletin

CX-80 – PHEV PERTAMA MAZDA DI MALAYSIA, JARAK EV 65KM, BERMULA RM332K

Bermaz Motor menambah satu lagi model flagship ke dalam barisan SUV mereka dengan pelancaran rasmi Mazda CX-80. Ia merupakan model PHEV pertama Mazda di Malaysia dan menjadi model kedua dalam rangkaian “Large Product Group” selepas CX-60.

 Ditawarkan dalam satu varian sahaja dan diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU), SUV itu hadir dengan DNA reka bentuk Kodo – Graceful Toughness. Penampilan mewahnya diserlahkan menerusi konfigurasi enam tempat duduk lengkap dengan captain seats yang cukup selesa. 

CX-80 memiliki dimensi sepanjang 4,995mm, lebar 1,890mm, tinggi 1,710mm dan jarak roda 3,120 mm. Ini membolehkannya untuk bersaing dengan SUV premium seperti BMW X5 dan Mercedes-Benz GLE. 

Jentera tersebut dikuasakan oleh enjin2.5L Skyactiv-G petrol, sistem plug-in hybrid (PHEV) dan motor elektrik yang mampu menjana gabungan kuasa mencecah 328PS dan 500Nm tork. Ia boleh mencapai kelajuan maksimum 195 km/j dengan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 65km (NEDC/WLTP). 

Dengan pengecasan AC 7.2 kW, bateri berkapasiti 17.8 kWh boleh dicas sepenuhnya dalam masa 2 jam 30 minit.

Suspensi hadapan model itu mengguna jenis double wishbone dan multi-link di belakang bersama pacuan AWD i-Activ demi menawarkan  pemanduan yang stabil dan responsif, walaupun dalam keadaan jalan yang mencabar.

Menjengah ke ruang kabin, CX-80 jelas menerapkan rekaan kabin mewah dan teknologi tinggi melalui dua paparan 12.3 inci. Satu untuk instrumen digital, sementara satu lagi ialah skrin infotainmen yang menyokong ketersambungan Apple CarPlay & wired Android Auto tanpa wayar. 

Ciri-ciri lain seperti Head-Up Display (HUD), bumbung panorama, sistem audio BOSE 12-speaker serta sistem kamera 360° turut membuatkan memandu SUV besar ini semakin mudah dan selamat. 

Kerusi baris pertama dan kedua oleh dilaras sehingga sepuluh arah dengan fungsi memori. Ia juga hadir dengan kawalan haba serta pengudaraan untuk semua penumpang. Tempat duduk baris ketiga pula boleh dilipat dengan konfigurasi 50:50 yang praktikal untuk kegunaan keluarga besar. 

Tidak mengabaikan aspek keselamatan CX-80 dibekalkan dengan rangkaian sistem i-Activsense termasuklah:

  • Lampu utama LED adaptif
  • Lane-keep assist, kelajuan adaptif (Stop & Go)
  • Smart Brake Support hadapan dan belakang, amaran lintasan trafik
  • Pemantauan titik buta dan banyak lagi

Sistem Kawalan Postur Kinematic Posture Control (KPC) turut diperkenalkan demi menawakan pemanduan yang stabil dan mengurangkan body roll ketika mengambil selekoh.

Mazda CX-80 PHEV boleh anda miliki pada harga RM331,610 atas jalan tanpa insurans. Ini juga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, selain  pakej penyelenggaraan percuma untuk tempoh yang sama.

Bateri voltan tinggi juga dilindungi dengan jaminan berasingan selama 8 tahun atau 160,000km.

GALERI

Google ads
Back to top button