Buletin

PROTON e:MAS 5 SERTAI PERARAKAN HARI KEBANGSAAN 2025 DI PUTRAJAYA

Perjalanan Malaysia ke arah mobiliti pintar dan mesra alam melakar sejarah apabila Proton e.MAS 5, kenderaan elektrik (EV) mampu milik pertama negara tampil buat julung kalinya dalam acara Perarakan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya.

Kemunculan model ini disertai konvoi 12 unit Proton e.MAS 7 yang dipandu oleh pemilik masing-masing menggambarkan peningkatan penerimaan teknologi EV di Malaysia.

Proton e.MAS 5 dijadual dilancarkan secara rasmi pada suku keempat tahun ini. Ia akan menjadi model kedua di bawah jenama Proton e.MAS 7 yang dilancarkan pada tahun 2023.

Dengan slogan EV untuk semua, model ini menggabungkan aspek mampu milik, praktikaliti dan teknologi terkini, seiring dengan matlamat Proton untuk memperluas penggunaan kenderaan elektrik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dengan rekaan hatchback segmen B tetapi menawarkan ruang setanding kereta segmen C, e.MAS 5 menjanjikan keselesaan untuk keluarga dan pengguna di bandar. Ia turut menampilkan 32 ruang simpanan pintar serta frunk berkapasiti 70 liter, paling besar dalam kelasnya, menjadikannya pilihan praktikal untuk kegunaan harian.

EV itu memang sesuai untuk pemanduan bandar dengan pengendalian lincah, memudahkan pergerakan di jalan dan parkir  yang sempit. Namun, ia tetap mantap di jalan yang lebih mencabar. Ciri keselamatan juga menjadi keutamaan, termasuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) bagi memberikan ketenangan minda kepada pengguna.

e.MAS 5 hadir dengan teknologi terkini yang memberi keselesaan kepada semua golongan sama ada eksekutif muda, ibu bapa baharu, sehinggalah warga emas.

Kemunculan e.MAS 5 diiringi balutan pelekat camouflage khas yang diinspirasikan oleh semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia sejak tahun 1957, nyata menjadikan tumpuan utama perarakan. Acara tersebut juga menandakan permulaan MISI 5 Tour, siri jelajah yang membawa model baharu itu ke seluruh negara sebelum pelancarannya.

Sebagai simbol kebanggaan nasional, Proton e.MAS 5 bakal memainkan peranan penting dalam mempercepatkan penerimagunaan EV di Malaysia, seiring aspirasi negara untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050.

GALERI

Google ads
Back to top button