Buletin

DAIHATSU DN COMPAGNO – COUPE EMPAT PINTU STAILO UNTUK WARGA EMAS

Daihatsu memang tidak asing dalam menghasilkan model-model konsep yang mengagumkan.

Pada acara Tokyo Motor Show 2017 yang berlangsung baru-baru ini, Daihatsu dilihat berjaya menarik perhatian pengunjung apabila memperkenalkan model konsep Daihatsu DN Compagno.

Untuk makluman, jentera berwarna oren terang dengan bumbung putih itu merupakan tribut kepada model asal Daihatsu Compagno yang pernah dihasilkan pada tahun 1963.

Daihatsu dijangka memasang enjin turbo bersesaran 1.0 liter bersama pilihan enjin 1.2 liter hibrid pada jentera tersebut. 

   

Berbeza dengan model-model lain keluarannya, DN Compagno didakwa disasarkan untuk golongan lebih berusia, tetapi mempunyai gaya hidup aktif. Memang sesuai juga dengan reka bentuknya yang retro itu.

Coupe empat pintu itu dijangka dibangunkan di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). DNGA membolehkan Daihatsu untuk membangunkan sesebuah kenderaan dengan lebih cepat serta dipasarkan pada harga lebih murah.

Google ads
Back to top button