Buletin

BMW PERKENALKAN KERETA KESELAMATAN BARU UNTUK MOTOGP – M5 TERBARU

Dengan pengenalan model baru M5 baru-baru ini, BMW segera mendedahan kereta keselamatan khusus untuk MotoGP yang akan digunakan pada pusingan kahir di Valencia, Sepanyol.

M5 lengkap dengan kelengkapan khusus ini akan digunakan sepanjang musim 2018 bagi menggantikan kereta keselamatan BMW M2 yang digunakan pada masa sekarang.

Berbanding dengan M5 standard, kereta keselamatan MotoGP ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori M Performance Parts. Ia termasuklah kelengkapan daripada gentian karbon pada bahagian skirting sisi, diffuser dan spoiler belakang, kemasan pada gril hadapan dan bahagian luaran cermin sisi.

Tidak cukup dengan itu ia turut dilengkapi dengan sistem ekzos titanium M Performance Parts, kemasan gentian karbon pada tip ekzos, splitter  hadapan dan tempat duduk yang diambil dari model M4 GTS.

BACA: INILAH “SAFETY CAR” TERBAIK YANG PERNAH DIGUNAKAN DALAM GRAND PRIX F1

Sebagai sebuah kereta keselamatan khusus ia turut dilengkapi dengan bar lampu LED pada bahagian bumbung, sepasang lampu LED biru di bahagian gril dengan fungsi lampu mata arah. Malah lampu utamanya juga mempunyai fungsi yang sama. Sedikit berbeza dengan kereta keselamatan F1 yang menggunakan bar lampu LED berwarna oren.

Sama seperti model M5 2018 lain, kuasanya dijana oleh enjin turbo berkembar 4.4-liter V8 yang mampu menghasilkan 600 hp kuasa dan 750 Nm tork maksima. Bila digabungkan dengan sistem pacuan semua roda sistem M xDrive, sedan super ini mampu membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa 3.4 saat.

Apa gunanya safety car atau kereta keselamatan?

Dalam mana-mana sukan bermotor khususnya perlumbaan di litar, kereta keselamatan (juga dikenali dengan nama pace car ataupun safety car) berfungsi untuk menghadkan kelajuan peserta dalam keadaan tertentu seperti berlaku kemalangan ataupun cuaca buruk.

Kereta keselamatan akan mendahului kelompok peserta sehingga keadaan dinyatakan selamat oleh marsyal perlumbaan. Biasanya juga peserta tidak dibenarkan memotong satu sama lain termasuk kereta keselamatan dalam keadaan ini.

Selepas tamat tempoh amaran ataupun berjaga-jaga dan kereta keselamatan bergerak keluar barulah perlumbaan akan disambung seperti biasa.

Sebagai tambahan, kereta keselamatan biasanya dipilih dari kereta berprestasi tinggi kerana keperluan menyaingi kelajuan jentera perlumbaan sebenar (Penat bang kalau kereta keselamatan cuma ada 100 kuasa kuda).

GALERI:

Google ads
Back to top button