Buletin

DALAM PERJALANAN KE PUSPAKOM, KERETA BELUM DAFTAR TERUS DISITA JPJ

Seorang jurujual berdepan tindakan tegas apabila kenderaan yang dipandunya disita sebelum sempat menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Jalan Perak, Mergong, pemandu berkenaan ditahan anggota penguat kuasa ketika dalam perjalanan untuk mendaftarkan kenderaan tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu melakukan beberapa kesalahan serius, termasuk memandu kenderaan yang masih belum didaftarkan, tidak memiliki lesen kenderaan motor serta gagal menyediakan perlindungan insurans.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah, kenderaan terbabit ditahan sebelum sempat menjalani pemeriksaan di pusat berkenaan.

Selain dikenakan saman atas kesalahan yang dilakukan, pihak berkuasa turut menyita kenderaan itu untuk tindakan lanjut.

Tindakan penguatkuasaan berkenaan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Kedah bagi memastikan semua kenderaan di jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan. – JPJ Negeri Kedah

Google ads
Back to top button