Buletin

DEBUT GLOBAL DATSUN REDIGO DI INDIA APRIL DEPAN

Bermula sebagai sebuah model konsep pada acara Delhi Auto Expo 2014, model asas Datsun rediGO bakal melakukan debut global pada pertengahan bulan depan.

Datsun-rediGO-Concept-mekanika2

Model kompak asas itu kemudian dijangka dilancarkan di pasaran India pada Mei 2016. Ia juga akan menjadi kereta Datsun paling mampu milik di sana.

Datsun rediGO dibina di atas platform CMF-A hasil kerjasama Renault-Nissan Alliance yang digunakan untuk model Renault Kwid.

Datsun redi-GO Concept

Selain platform, rediGO bakal menggunakan enjin bersesaran 0.8 liter yang ada pada Renault Kwid. Biarpun begitu, kedua-dua model tersebut mempunyai bahasa rekaan yang tersendiri.

Dengan garis badan yang menaik, tahap kelegaan tanah tinggi dan arca roda besar, rediGO kelihatan seperti sebuah crossover mini.

Datsun-rediGO-Concept-mekanika4

Selain rediGO, Datsun kini didakwa sedang sibuk membangunkan SUV sub kompak yang dikenali sebagai Datsun Go-Cross. Jentera itu dijangka memasuki saluran produksi sebelum tahun 2017.

Google ads
Back to top button