Motosikal

PRA PREVIU BMW K 1600 GT SPORT

PT Maxindo Moto, pengedar rasmi model BMW Motorrad di Indonesia mempamerkan edisi eksklusif BMW K 1600 GT Sport kepada media tempatan di sana.

K-1600-GT-Sport-2016-800x440

Bakal dilancarkan secara rasmi pada Indonesia International Motor Show (IIMS) 2016, BMW K1600 GT Sport dibawakan seunit sahaja.

Model touring itu dijual pada harga asas Rp 980 juta (RM294,000). Ia dilengkapi enjin enam silinder yang mampu menghasilkan kuasa 160dk dan tork 175Nm. Penghantaran kuasa dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.

5630ef29b33a22c134eaafbf

Menariknya, jentera itu hadir bersama teknologi Dynamic Brake Light yang menawarkan tahap keselamatan tertinggi. Dengan tanda khusus pada brek.

Ketika membrek keras pada kelajuan 50km/j ke atas, brek utama akan berkelip. Manakala lampu hazard akan menyala saat brek ditekan di bawah 14 km/j.   Bagaimanapun, ia akan hilang apabila penunggang memecut melebihi kelajuan 20km/j.

Model itu turut disokong dengan ABS Pro yang membolehkan penunggang membrek di selekoh tanpa menyebabkan roda terkunci. Sekali gus memudahkan proses menstabilkan jentera ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button