
NISSAN MAHU POTONG KOS TAHUNAN RM12.1 BILION. KUBURKAN JENAMA DATSUN
Nissan dilapor merancang untuk memotong sebanyak 300 bilion yen (RM12.1 bilion) kos tetap tahunannya. Selain melakukan penstrukturan semula ketika pandemik COVID-19 dilihat terus menjejaskan penjualan kenderaannya.
Pemotongan itu dilihat sebagai sebahagian daripada pelan tiha tahun yang bakal didedahkan bersama keputusan kewangan pada 28 Mei depan. Pelan itu menyaksikan Nissan mengambil langkah lebih drastik untuk kembali mencatat keuntungan.
Nissan juga dijangka menguburkan jenama Datsun dan menutup satu saluran pengeluaran. Di samping mengurangkan sasaran perbelajaan melibatkan aspek pemasaran, penyelidikan serta kos-kos lain.
Fokus akan diberikan kepada pasaran-pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Jepun dan China. Sebagai sebahagian daripada fokus ke atas pasaran yang lebih besar dan kaya, jenama mewah Infiniti akan dimantapkan lagi.
Pengeluar kenderaan Jepun itu berada dalam keadaan huru-hara selepas bekas pengerusinya, Carlos Ghosn ditahan atas dakwaan jenayah kewangan pada tahun 2018.
Pelan-pelan tersebut bagaimanapun perlu dinilai terlebih oleh Ahli Lembaga Pengarah. Skala penstrukturan semula juga masih diteliti.
Walaupun Nissan menjangkakan penurunan jualan sebanyak 12 peratus dalam fiskal kewangan yang baru sahaja berakhir, pelan jangka sederhana yang baru mahu ia mencatat perolehan berjumlah 11.5 trilion yen dalam masa tuga tahun.
Tahun ini sahaja, saham Nissan merudum lebih 40 peratus, jauh meninggalkan Toyota dan Honda.