Artikel Pilihan

DATSUN 160J. ADA PEMINAT OLSKOOL KAT SINI?

Prinsip utama kalau nak main olskool ialah – hati mesti kental. Kau kau jeni hati tisu, perangai arboq, lebih baik lupakan saja kalau ada hati nak layan besi tua ni.

Ia bukan sekadar kereta, ia adalah objek yang perlukan belaian kasih sayang, lebih dari kena layan bini kau. Kalau bini merajuk, beli roti canai telur bawang boleh setel, tapi kereta begini mana maunya pujuk sikit-sikit.

Kereta tak boleh start, kau pancing minyak habis setangki pun belum tentunya hidup kalau tak kena cara. Rosak tetiba tengah jalan, enjin overheat tak tau punca, aircond keluar angin saja waktu kau atas highway 12 tengahari dan macam-macam lagi.

Pendek kata, main olskool ni perlu ketabahan dan nilai kesabaran yang tinggi. Pengetahuan pun kena ada juga lah.

Nah, ni kami bawa contoh Datsun yang tak popular macam 510, tapi menarik kalau jadi hobi.

Lepas tengok video ni tolongla subscribe sekali, jangan lup tekan loceng notification tepi butang subscribe tu.

Google ads
Back to top button