Buletin

DILARANG BALIK KAMPUNG SAMBUT RAMADAN SEPANJANG PKP

Orang ramai tidak dibenarkan balik kampung untuk menyambut Ramadan selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3 dilaksanakan. 

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya di Putrajaya hari ini. 

Sama seperti PKP fasa satu dan dua, sesiapa pun tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah atau negeri. Jadi, puasa yang dijangka bermula pada 25 April depan juga tertakluk di bawah undang-undang yang sama. 

“Ini bermakna, pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh,” kata Ismail Sabri. 

Menjawab mengenai jumlah kenderaan yang semakin banyak di atas jalan raya selepas fasa tiga dilaksanakan, Ismail Sabri menyatakan ada pihak yang bukan kategori keperluan penting didapati mengambil kesempatan membuka operasi mereka.

Walaupun belum dapat kelulusan beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

Namun, beliau berkata, kalau dilihat dari segi negatifnya, memang banyak kenderaan di atas jalan raya. Tetapi, jika dilihat dari sisi positif, ia menunjukkan kesungguhan pihak polis dan tentera dalam memeriksa setiap kenderaan yang lalu. 

Pemeriksaan yang ketat itu menimbulkan kesesasakan kerana anggota polis dan tentera mengambil masa untuk menyoal pemandu atau penunggang motosikal yang melalui sekatan jalan. 

Google ads
Back to top button