
CARLOS GHOSN : DARI PRESIDEN KEPADA PELARIAN
Carlos Ghosn, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia korporat automotif. Pada satu ketika Carlos mengetuai 2 syarikat Fortune 500 dalam masa yang serentak iaitu Renault dan juga Nissan dimana kedua dua syarikat berserta Mitsubishi membuat pakatan Nissan-Renault-Mitsubishi Alliance iaitu kongmolerat keempat terbesar di dunia.
Carlos dilahirkan di Brazil pada tahun 1954 merupakan migran genarasi kedua yang berasal dari Lebanon ke Brazil. Carlos kemudian menamatkan pengajian sekolah di Lebanon sebelum meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Politeknik Ecole di Paris. Carlos meneruskan pengajian di Ecole des Mines de Paris sehingga pada tahun 1978.
Karier
Sebaik sahaja graduasi, Carlos memulakan kerja di kilang tayar Michelin di Perancis dan juga Jerman. Namun Carlos dengan cepat mendaki tangga korporat apabila dilantik sebagai Pengurus Kilang pada tahun 1981 dan mengetuai unit kajian dan pembangunan pada tahun 1984.
Bagi memulihkan kembali prestasi Michelin di Brazil yang mengalami kerugian, Carlos yang ketika itu berumur 30 tahunditugaskan oleh Francois Michelin bagi mengetuai Michelin Rio de Janeiro. Cabaran pertama Carlos ialah menyatukan staf Michelin di Brazil yang terdiri daripada warganegara Peranchis dan Brazil.

Carlos dilantik sebagai CEO di Michelin Brazil dan dalam masa 2 tahun Michelin kembali membuat keuntungan. Pretasi Carlos yang cemerlang meyakinkan Francois sehingga dia dilantik sebagai COO Michelin di Amerika bagi mengembangkan pasaran di sana selepas Michelin mengambil alih Uniroyal Goodrich Tyre.
Dalam terma industri, orang seperti Carlos digelar sebagai bomba. Memadam “kebakaran” di syarikat bermasalah dan pastikan syarikat membuat keuntungan. Mungkin kerana itulah pada tahun 1996 Carlos dilamar oleh Renault bagi mengetuai unit pemerolehan, kajian dan pembangunan, kejuruteraan, pembuatan dan mengetuai Renaul Amerika Selatan.
Mungkin Carlos layak digelar sebagai Superman kerana dia perlu mengetuai banyak divisi dalam satu masa. Kerajaan Perancis memiliki saham sekitar 15 dalam Renault dan situasi kewangan Renault ketika itu amat lemah. Sebaik sahaja bertugas, Carlos menggariskan 4 perkara yang mesti dicapai oleh Renault.
Ia termasuklah menyusun semula proses pemasangan kereta, menjadikan komponen Renault boleh digunakan pada semua model, melancarkan model baru bagi meningkatkan jualan, serta mengurangkan jumlah pekerja. Ketika inilah Carlos memperkenalkan konsep The Toyota Way atau Lean Manufacturing System. Kurangkan pembaziran, tingkatkan hasil serta hapuskan masalah kualiti

Dalam masa setahun sahaja Carlos berjaya menyelamatkan Renault dan menjimatkan 20 Billion French. Namun pada masa yang sama tindakan Carlos membuang ramai pekerja menyebabkan dia diberi gelaran Le Cost Killer. Ya bukan Mekanika yang mereka gambar di atas. Masih ingat tentang artikel yang kami tulis berkenaan dengan Nissan di SINI?
Pada tahun 1999 Nissan berada dalam situasi yang amat genting dan dalam situasi gali lubang serta tutup lubang. Antara tahun 1985 ke 1999, jualan Nissan di Amerika menguncup 25% dan di Jepun kedudukannya jatuh ke nombor tiga. Antara tahun fis kal 1998-1999, Nissan kerugian sebanyak USD 5.6 billion. Ketika itu kerugian kumulatif Nissan mencecah 22 billion dan ia gagal membayar pelaburan kepada rakan niaga sebanyak 20 billion.
Sebaik sahaja Renaul membuat pelaburan dengan nilai 5.8 Billion USD atau bersamaan 36% saham Nissan, maka perkara pertama yang Renault lakukan ialah menghantar Carlos sebagai COO Nissan dan pada masa yang sama dia memegang jawatan dalam Renault. Carlos menggariskan 3 matlamat beliau bagi memulihkan Nissan dalam Nissan Revival Plan.
Pertama ialah memastikan Nissan kembali mencatatkan keuntungan dalam setahun. Kedua memastikan Nissan mencatatkan keutungan dari operasi menjelang tahun 2002. Yang terakhir ialah mengurangkan hutang keseluruhan Nissan kepada 6.5 Billion USD menjelanga tahun 2002. Carlos memberi jaminan sekiranya matlamat ini gagal dicapai, dia rela dipecat.

Tahun 1999 – 2000 merupakan pasca kebangkitan genre SUV dan crossover. Carlos mengarahkan Nissan supaya menghasilkan Frontier generasi baru, menghasilkan SUV Xterra dan sebuah sedan baru. Dalam masa setahun jualan Nissan meningkat sebanyak 3.6%. Namun Carlos bukan sekadar menaikkan jualan Nissan, ada beberapa langkah yang Carlos buat menyebabkan orang lama Nissan kecil hati.
Anda perlu ingat, Carlos merupakan keturunan Arab Lebanon, dilahirkan di Brazil, belajar di Paris dan dengan pengalaman kerja di Jerman, Brazil dan Amerika akan memiliki budaya kerja yang amat berbeza dengan Jepun. Antara perkara yang menjengkelkan ialah membuang 21,000 pekerja Nissan dan menutup 5 kilang Nissan di Jepun yang tidak berdaya saing.
Carlos juga menghapus budaya pembekalan komponen yang dipanggil keiretsu, mengurangkan bilangan pembekal serta menjual unit yang tidak menghasilkan keuntungan seperti unit kajian angkasa. Melantik orang luar sebagai ketua syarikat adalah perkara yang taboo dalam budaya Jepun apatah lagi membuang pekerja.
Tambahan pula Carlos menukar bahasa rasmi Nissan iaitu Jepun kepada bahasa Inggeris. WTH. Carlos juga melantik beberapa eksekutif bukan bangsa Jepun bagi mengetuai beberapa divisi Nissan di Eropah dan Amerika, satu langkah yang tidak pernah dibuat oleh Nissan sebelum ini.

Tapi apa yang Carlos lakukan dalam masa setahun mula menghasilkan nombor yang cukup cantik di laporan tahunan. Number dont lies and fart. Jika tahun 1999 Nissan kerugian sebanyak 6.4 billion USD, Nissan mencatatkan keuntungan 2.7 billion USD, selepas cukai beb. 3 tahun berikutnya Nissan ,mencatatkan keuntungan 9% setahun. Angka ini adalah 2 kali ganda daripada angka purata industri automotif.
Pada bulan May 2002, Carlos melancarkan program Nissan 180. Ia adalah satu ikrar untuk Nissan menghasilkan 1 juta kereta setahun, mencatatkan keuntungan minima 8% dan menghapuskan terus hutang Nissan. Paling mengagumkan ialah Nissan mampu membayar semua hutangnya menjelang tahun 2002.
Malah lebih menggembirakan pemegang taruh ialah Carlos berjaya menghasilkan keuntungan 11.1% daripada aspek operasi pada tahun 2003. Pada bulan Oktober 2005 Nissan melaporkan jualan keretanya telah meningkat kepada 3.67 juta unit di seluruh dunia, iaitu 2juta melebihi apa yang mereka jual pada tahun 2002. Berapa agaknya bonus prestasi Carlos ni.
Ketika ini pandangan masyarakat Jepun terhadap Carlos mulai berubah. Daripada digelar Le Cost Killer, Carlos diberi jolokan Mr. Fix It dan Mr Seven-Eleven. Bukan kerana dia ke kedai serbaneka membeli majalah porno, tapi budaya kerja kuat Carlos yang mula bekerja dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam. Malah watak Carlos muncul dalam komik manga Jepun.

Disebabkan Renault memiliki sehingga 44% saham dalam Nissan dan Nissan memiliki 15% saham dalam Renault, maka pemegang taruh kedua-dua syarikat bersetuju untuk melantik Carlos sebagai Presiden Renault dan Nissan dan merupakan orang yang pertama mengetuai syarikat Fortune 500 dalam masa yang sama.
Malah pada akhir tahun 2010 Carlos dinamakan sebagai Pengerusi, Presiden dan CEO bagi Pakatan Renault-Nissan. Pada pandangan penulis disinilah kuasa Carlos mulai membesar di luar kawalan tanpa wujudnya faktor timbang tara. Semua kuasa berada di tangan Carlos.
Pada bulan Oktober 2016, Renault-Nissan mengambil satu lagi langkah berani dengan membeli sebuah lagi syarikat automotif bermasalah iaitu Mitsubishi dengan 34% saham. Dengan ini kumpulan Renault- Nissan dikenali dengan nama Pakatan Renault – Nissan – Mitsubishi. Serentak itu juga Carlos dinamakan sebagai Pengerusi dan menduduki kerusi pengarah di Mitsibushi.
Ketika ini Carlos merupakan antara individu yang paling sibuk di dunia. Ada pakar menganggarkan Carlos membuat perjalanan kira-kira 230,000km setahun dengan jet peribadi untuk berulang alik antara Jepun dengan Peranchis. Pada bulanApril 2017, Carlos meletak jawatan sebagai CEO Nissan namun mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi

Namun semuanya berubah pada 19 November 2018 apabila Pendakwaraya Tokyo mengeluarkan sepina untuk menahan Carlos yang dalam perjalanan pulang daripada lebanon ke Tokyo melalui pesawat peribadi. Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah Greg Kelly warganegara Amerika yang memegang jawatan Pengarah jabatan sumber manusia Nissan.
Antara tuduhan yang menyebabkan asas tangkapan Carlos ialah bagi membantu Nissan menyiasat pertuduhan seperti:
1. kesalahan melaporkan maklumat palsu berkenaan pakej gaji yang diterima dalam undang-undang buruh Jepun dengan nilai 82 juta USD
2. Siasatan dalam Nissan yang menjurus kepada salah guna wang Nissan untuk kegunaan peribadi dengan nilai 18 juta USD bagi pembelian rumah Carlos di Brazil, Paris, Amsterdam, Beirut dan pakej percutian keluarga dengan menggunakan syarikat yang bernama ZI-A Capital BV
Pada hari yang sama CEO Nissan Hiroto Saikawa membuat pengumuman yang Carlos akan disingkirkan daripada Nissan pada 22 November. Dalam sistem perundangan Jepun, mahkamah membenarkan defenden ditahan selama 10-20 hari tanpa dikenakan pertuduhan untuk membantu siasatan
Malang bagi Carlos kerana pada 21 Disember 2018, pihak mahkamah sekali lagi menahan dia atas tuduhan seperti berikut:
3. memindahkan kerugian peribadi dalam pelaburan pada tahun 2008 ke atas Nissan dengan jumlah 16.6 juta USD

4. menyebabkan Nissan HQ membayar sebanyak 14.7 juta USD kepada Nissan Gulf yang dimiliki oleh Sheikh Khaled al-Jufali melalui tabung CEO Reserve antara tahun 2009 sehingga 2012
5. Carlos telah membuat bayaran kepada dirinya sendiri sebanyak 8 juta USD pada tahun 2017 apabila daripada sebuah syarikat di Belanda yang dimiliki oleh Nissan dan Mitsubishi.
Pada 26 November, Mitsubishi telah mengambil keputusan untuk memecat Carlos sebagai Pengerusi melalui mesyuarat khas. Kerajaan Peranchis pula cuba berunding dengan mahkamah Jepun untuk membebaskan Carlos namun gagal. Bagi meneruskan operasi, Carlos perlu meletak jawatan sebagai CEO Renault pada 24 januari 2019.
Selepas 3 kali rayuan, Carlos menerima ikat jamin dengan nilai 9 juta USD dengan syarat dia perlu memberikan passport, tidak dibenarkan keluar dari Jepun namun masih dibenarkan bergerak ke seluruh Jepun, mesti berada di rumah dengan pengawasan CCTV 24 jam (macam mana nak berak ni) dan tanpa sambungan ke internet.

Pada 8 April 2019, Carlos telah disingkirkan daripada ahli lembaga pengarah Nissan melalui satu mesyuarat khas. Greg Kelly turut disingkirkan dan Jean-Dominique Senard. Pada bulan Jun 2019, Renault mengumumkan mereka menjumpai satu perbelanjaan meragukan oleh Carlos dengan nilai 12 juta USD. Kes ini disiasat oleh mahkamah atas tuduhan pecah amanah
Security Exchange Commission Amerika pula melalui siasatan dalaman mendapati Carlos memalsukan maklumat pendapatan yang menyebabkan Carlos didenda sebanyak 1 juta USD dan Nissan didenda 15 juta USD. Amerika turut mengenakan sekatan pekerjaan selama 10 tahun Carlos bagi syarikat awam di Amerika. Game over. 166.3 juta USD nilai kes.
Lari dari Jepun
Menyedari dia mungkin dihukum penjara seumur hidup atau dipaksa melakukan seppuku seperti budaya Bushido, maka Carlos membuat perancangan rapi seperti rancangan perisik. Dia perlu lari dari Jepun ke Lebanon dimana kedua dua negara tidak memiliki sebarang perjanjian diplomatik berkenaan kes mahkamah.
Antara syarat ikat jamin Carlos ialah dia dibenarkan untuk pergi ke serata Jepun namun tidak dibenarkan keluar dari Jepun. Cerita ini tambah menarik apabila Carlos mengupah Michael Taylor iaitu bekas komando dalam tentera Amerika. Pada 29 Disember 2019, Carlos meninggalkan rumahnya untuk ke hotel yang berdekatan bagi berjumpa 2 individu.

Salah seorang daripadanya ialah Michael. Dengan menggunakan keretapi laju, mereka kemudian bergerak menuju ke Osaka. Carlos dilaporkan mendaftar masuk ke sebuah hotel yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai bersama 2 lelaki berkenaan pada jam 8 malam. 2 jam kemudian, 2 buah kotak peralatan muzik dibawa keluar bersama dengan Michael dengan menaiki sebuah van menuju ke lapangan terbang
Michael membawa kotak perlatan muzik tadi melalui terminal persendirian di mana terminal ini menguruskan kapal terbang tempahan peribadi dengan kawalan keselamatan yang lebih longgar. Disebabkan kotak tadi memiliki dimensi yang besar dan tidak muat untuk melalui pengimbas X-ray, maka ia diperiksa secara visual. Hanya satu kotak sahaja diperiksa secara menyeluruh dan satu lagi kotak tidak diperiksa.

Selepas melalui pemeriksaan, Michael dan pasukannya membawa kotak tersebut ke pesawat Bombardier Global Express yang disewa khas dari Turki. Bagi menambahkan kekeliruan, pesawat tersebut tidak terbang terus dari Turki, namun membuat persinggahan di Dubai terlebih dahulu sebelum singgah di Jepun. Dilaporkan ketika penerbangan, Carlos hanya keluar seketika sahaja daripada kotak peralatan muzik tersebut.
Pesawat tersebut mendarat di Turki pada jam 5.30 pagi di sebuah lapangan terbang lama khusus untuk mengendalikan penerbangan jet peribadi. Di sini sebuah lagi pesawat peribadi lain menunggu untuk membawa Carlos ke Beirut tanpa ditemani oleh Michael. Walaupun tidak akan diekstratidisi ke Jepun, mahkamah Beirut melarang Carlos meninggalkan Lebanon.

Berang dengan tindakan Carlos yang lari dari Jepun, Nissan memfailkan satu tindakan sivil kepada Carlos dengan tuntutan 90 juta USD. Malah ahli lembaga pengarah menawarkan 13 juta USD kepada sesiapa yang berjaya membawa Carlos balik ke Jepun. Mungkin lepas PKP ini anda boleh cuba tangkap Carlos dan bawa beliau ke Jepun. Lumayan juga upahnya.