Buletin

920KG BERAS MASUK PARIT, ORANG MISKIN KEMPUNAN

Sebuah lori yang membawa beras untuk diagihkan kepada keluarga miskin di Kalimantan Barat berdepan nasib malang apabila terjunam ke dalam parit. 

Insiden di  daerah Mempawah itu berlaku apabila jambatan kayu yang dinaikinya runtuh kerana tidak dapat menampung berat lori berkenaan. Ia sekali gus menyebabkan 92 kampit beras seberat 920 kilogram masuk ke dalam air parit yang kotor. 

Ketua Polis Daerah Mempawah, AKBP Tulus Sinaga memberitahu lori tersebut membawa beras seberat tujuh tan sebagai satu bentuk bantuan kerajaan bagi meringan beban penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sana. 

Kemalangan itu dikatakan berlaku ketika lori terbabit keluar dari pejabat daerah Sungai Kunyit. Berdasarkan kepada pelan awal, ia perlu pergi ke lokasi yang telah ditetapkan sebelum proses ihan dibuat. 

Tiada kecederaan dilaporkan dan pemandu lori berada dalam keadaan selamat. 

Google ads
Back to top button