Artikel PilihanBuletin

DITEGAH MEROKOK, LELAKI MABUK UGUT BAKAR STESEN MINYAK

Kejadian ini berlaku semalam di salah sebuah stesen minyak di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. Seorang lelaki warga asing yang ditegur kerana menyalakan api rokok telah mengamuk dan bertindak mengugut untuk membakar stesen minyak tersebut.

Lelaki asing berusi sekitar 30-an warga Bangladesh tersebut dipercayai mabuk. Suspek ditegur orang ramai ketika beliau hendak menyalakan sebatang rokok ketika berada di stesen tersebut.

Tidak berpuashati dengan teguran tersebut, lelaki tersebut menghayunkan nozzle pengisi petrol kepada orang awam di kawasan tersebut yang cuba bertindak untuk menangkapnya.

Suspek bertindak lebih agresif dengan mengeluarkan pemetik api sambil mengugut untuk membakar stesen minyak berkenaan. Ia menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelematkan diri.

Namun selepas lebih 30 minit mengamuk, suspek berjaya ditewaskan oleh orang ramai. Suspek diberkas dan diserahkan kepada ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk tindakan lanjut.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

KREDIT:ASTRO AWANI

Tags
Google ads
Back to top button