
AMUKAN GAJAH SEWA MAJLIS PERKAHWINAN. JAHANAMKAN KERETA DAN MOTOSIKAL
Seekor gajah yang disewa untuk majlis perkahwinan mengamuk berikutan terkejut mendengar bunyi mercun sehingga merosakkan harta benda.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di Kampung Almapur, negeri Uttar Pradesh di utara India.
Dalam rakaman video yang tersebar di media sosial, gajah tersebut kelihatan terbalikkan sebuah kenderaan.
Bahkan, beberapa kenderaan lain termasuk motosikal dan merosakkan beberpa motosikal serta khemah dirempuh mamalia berkenaan.
Ketua Balai Sarai Inayat, Rakesh Chaurasi berkata, kejadian berlaku apabila rombongan pengantin lelaki yang tiba di majlis perkahwinan disambut dengan letupan mercun.
“Gajah itu terkejut mendengar bunyi letupan mercun di hadapan rombongan pengantin lelaki dan mula mengamuk hingga menyebabkan semua tetamu bertempiaran lari menyelamatkan diri.
“Haiwan itu merosakkan sejumlah kenderaan, termasuk dua kereta dan beberapa motosikal serta khemah yang dipasang pada majlis tersebut,” katanya.
Selepas beberapa ketika, pengembala gajah terbabit berjaya mententeramkan haiwan itu.
Chaurasi memberitahu tiada sebarang kecederaan atau mangsa terkorban dalam kejadian berkenaan.
Dia menegaskan khabar angin di media sosial yang mengatakan pengembala gajah tersebut mati dalam insiden tersebut adalah tidak benar. –timesofindia
- BACA: TIPS: BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN GAJAH LIAR DI JALAN RAYA GRIK JELI
- BACA: BUNYIKAN HON, KERETA KENA PIJAK DENGAN GAJAH
- BACA: MONYET, GAJAH, BERUANG HIMALAYA, BURUNG MERAK KELUAR KE JALAN RAYA DI INDIA CARI MAKANAN
- BACA: PERNAH DIKEJAR GAJAH DAN BERUANG, POSMEN JALAN KAKI 15KM SEHARI SELAMA 30 TAHUN KINI BERSARA







