Artikel Pilihan

ABANG-ABANG TEKSI MENGAMUK – ROSAKKAN KERETA-KERETA UBER KERANA TAWAR TAMBANG TIDAK SEPATUTNYA

Kejadian berlaku di Rhodes Island, Greece bila sekumpulan pemilik dan pemandu teksi merosakkan sejumlah kereta di kawasan pakir yang dipercayai menempatkan kereta-kereta Uber. Berikutan insiden itu tiga orang pemandu Uber telah ditahan kerana kesalahan trafik dan mengenakan tambang yang lebih rendah dari sepatutnya kepada penumpang untuk perjalanan ke lapangan terbang.

Sama seperti di tempat-tempat lain kehadiran Uber memang tidak disenangi pemandu teksi dan mereka kerap mengadakan tunjuk perasaan membantah kehadiran Uber di Rhodes Island.

Media tempatan Dimokratiki dan Rodiak merakamkan keadaan yang berlaku selepas pemandu-pemandu teksi melepaskan geram mereka di kawasan premis Uber, Rhodes Island. Gambar menunjukkan sebuah VW T-Roc dan Volvo XC40 diterbalikkan manakala beberapa buah lagi kereta dan SUV dirosakkan.

Antara model yang mengalami kerosakan ialah sebuah Mercedes CLA, tiga buah GLA, sebuah Peugeot 3008 dan sebuah Skoda Octavia. Sebuah skuter pun turut dirosakkan. Entah apa la dosa skuter tu. Skuter pemilik bos Uber kot? Keadaan tempat pakir dah jadi macam lokasi filem zombie Hollywood pun ada.

Kejadian dikatakan akibat kemarahan sekumpulan pemandu dan pemilik teksi yang sudah lama berbulu dengan pemandu-pemandu Uber. Sumber lain menyebut antara punca sebenar ialah rentetan seorang pemandu Uber yang memberikan isyarat jari tengah kepada pemandu teksi tempatan sambil melakukan kesalahan trafik. Ooo…patut la kena tangkap.

Dua orang lagi pemandu Uber ditahan Rabu lepas kerana memberikan tambang lebih murah dari sepatutnya kepada penumpang untuk perjalanan ke lapangan terbang. Tambang minima ditetapkan syarikat ialah USD40 tapi mamat dua orang ini bagi diskaun dan cuma mengambil tambang USD22 sahaja. Kacau daun betul.

Nampaknya persaingan antara pemandu teksi tradisional dan syarikat macam Uber ni memang akan berterusan sampai bila-bila.

Google ads
Back to top button