Artikel PilihanBuletin

PROTON X70 DARI TG MALIM DAN INI PERINCIANNYA.

Proton X70 yang mendapat sambutan menggalakkan dalam pasaran hari ini merupakan versi CBU, import penuh dari kilang pemasangannya di China. Seperti yang pernah diberitahu oleh Proton sebelum ini, versi pemasangan tempatan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Ia sejajar dengan proses pembesaran kilang mega Proton di Tg Malim pada fasa pertama yang membabitkan peningkatan kapasiti pengeluaran. X70 merupakan model pertama yang akan dipasangkan di sana dan secara berperingkat, operasi kilang di Shah Alam akan dipindahkan sepenuhnya ke sana.

Apa maklumat terkini?

Menurut laman The Ajerul, Mereka sudah menerima foto intipan pertama kerangka asas X70 yang diperolehi dari kilang Proton Tg Malim. Mereka juga mendakwa sudah mendapat beberapa maklumat sahih mengenai model X70 CKD dan juga varian yang bakal diperkenalkan.

Berikut ialah catatan The Ajerul.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

…………………………………………………….

Inilah dia body Proton X70 yang pertama yang dibuat di kilang baru Proton di Tanjung Malim.

Setahu poksu, X70 versi CKD tak banyak perubahan dengan X70 versi CBU sekarang. Cuma ada sedikit kelainan saja dengan ciri2 tempatan. Apa yang menarik nanti, X70 CKD akan ada pilihan enjin baru iaitu enjin 1.5 liter TGDI dengan 7-speed DCT ( co-developed dengan Volvo), yg juga digunakan pada SUV Binyue dan MPV Jiaji. Enjin 1.8 liter TGDI sekarang masih lagi dikekalkan.

Standard 2WD (enjin 1.8-liter TGDi, AT)
Standard 2WD (enjin 1.5-liter TGDi, DCT)
Executive 2WD (enjin 1.8-liter TGDi, AT)
Executive 2WD (enjin 1.5-liter TGDi, DCT)
Executive AWD (enjin 1.5-liter TGDi, DCT)
Premium 2WD (enjin 1.5-liter TGDi, DCT)

1.8 liter TGDI (182 hp/ tork 285 Nm)
1.5 liter TGDI 7-speed DCT (177 hp / tork 255 Nm)

Nampak mcm enjin 1.5liter lebih rendah outputnya compared to enjin 1.8 liter sekarang, tetapi apabila dipadankan dgn transmisi DCT yang lebih efisien dan pantas, diyakini akan memberi pecutan lebih baik serta penggunaan bahan api lebih cekap dan ekonomi.

KREDIT: THEAJERUL

Tags
Google ads
Back to top button