
GAJAH AMUK ‘SERANG’ BAS. TENANG JE PEMANDU TU
Seekor gajah ‘menyerang’ sebuah bas sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian cermin hadapan kenderaan itu di Nilgris, India.
Menurut laporan India Times, ketika kejadian minggu lalu, bas berkenaan sedang membawa sebilangan pekerja awam dari Kotagiri ke Mettpalayam.
Rakaman video gajah berkenaan yang merempuh bas terbabit menggunakan gading sehingga memecahkan cermin bahagian hadapan tersebut menjadi viral di media sosial.

Bagaimanapun, tindakan tenang pemandu bas ketika diserang berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Pemandu bas itu bertindak mengarahkan kesemua penumpang keluar daripada pintu belakang sebelum gajah itu menyerang sekali lagi.
Tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian itu.
Menurut Setiausaha Kanan Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Perhutanan, Supriya Sahu, pemandu bas terbabit tetap tenang ketika diserang haiwan berkenaan.
“Saya sangat menghormati pemandu bas yang sangat tenang walaupun berdepan saat mencemaskan.
“Dia turut berjaya membawa kesemua penumpang ke tempat lebih selamat,” katanya dalam catatan di akaun Twitter miliknya. -indiatimes/indianexpressonline
- BACA: AMUKAN GAJAH SEWA MAJLIS PERKAHWINAN. JAHANAMKAN KERETA DAN MOTOSIKAL
- BACA: TIPS: BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN GAJAH LIAR DI JALAN RAYA GRIK JELI
- BACA: MONYET, GAJAH, BERUANG HIMALAYA, BURUNG MERAK KELUAR KE JALAN RAYA DI INDIA CARI MAKANAN
- BACA: PERNAH DIKEJAR GAJAH DAN BERUANG, POSMEN JALAN KAKI 15KM SEHARI SELAMA 30 TAHUN KINI BERSARA








