BuletinMotosikal

DUCATI V4 SEMPENA WSBK. KINI DENGAN WINGLET DAN ENJIN 221 KUASA KUDA!

Ini adalah versi kemaskini terbaru Dicati V4 yang dikenali sebagai varian V4R. Ia dibina sebagai melengkapkan pra-syarat penyertaan Ducati dalam WSBK.

Berbeza dengan versi Desmocedici yang hanya untuk kegunaan trek perlumbaan, Panigale V4 R pula direka untuk menepati semua homolagiasi kegunaan jalanraya.

Dalam kategori WSBK, ia merupakan platform teknikal untuk Ducati Superbikes yang akan bersaing pada musim 2019.

Panigale V4 R baru menggabungkan intipati Panigale V4 S dengan perubahan khusus yang diminta oleh Ducati Corse untuk menjadikannya kompetitif dalam perlumbaan.

Enjin 1,103 cm3 90 ° V4 telah digantikan dengan yang lebih “kecil”, 998 cm3 Desmosedici Stradale R yang menepati peraturan kapasiti enjin yang ditetapkan oleh peraturan kejohanan WSBK. Pun begitu, enjin ini mampu menghasilkan setinggi 221 kuasa kuda.

Motosikal ini mempunyai fairing baru yang menggabungkan elemen sayap winglet asal MotoGP.

Ia juga didatangkan dengan sistem gantungan Öhlins gred perlumbaan dengan pelarasan mekanikal dan swingarm aluminium dengan pin empat kedudukan laras.

Selain itu, kerangka hadapan telah diubah suai untuk mencapai sasaran kekukuhan yang ditetapkan oleh Ducati Corse. Kawalan elektronik yang canggih yang dipinjam dari Panigale V4 S kini telah menaikkan paras ambang untuk menjadikannya lebih serasi dengan keperluan pelumba profesional.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button