
DUCATI PANIGALE V4 S BERTAMBAH LAJU BAGI 2027 – KINI 218HP, 120.6NM
Ducati dengan rasminya menaik taraf Panigale V4 S generasi ketujuh dengan peningkatan baharu sekaligus memacu prestasi jentera superbike dari kilang Borgo Panigale itu.
Enjin Desmosedici Stradale 1,103cc itu kini menghasilkan 218hp pada 13,500prm dan 120.6Nm pada 11,000rpm. Peningkatan 2hp itu dicapai dengan menala semula sistem ekzos di samping meningkatkan kemasukan udara sebanyak 0.6 peratus pada 300km/j di samping mereka semula aliran minyak enjin bagi mengelakkan kehilangan kuasa pada rev puncak.

Pada masa sama, Duati turut memanjangkan nisbah pacuan akhir (final drive ratio) kepada 17/42 berbanding 16/41 sekaligus menyumbang kepada peningkatan kelajuan maksima sebanyak 12km/j.
Rev limiter kini meningkat kepada 15,000rpm, naik 500rpm berbanding sebelum ini.
Bahagian casis juga berubah dengan kekerasan kerangka hadapan dikurangkan sebanyak 15 peratus sekaligus meningkatan tahap kecekapan pengendalian jentera.

Sementara itu, varian V4 S menerima handlebar jenis clip-on baharu yang boleh diselaraskan untuk memaksimumkan kegunaan di litar lumba sementara bahagian fairing turut dilengkapi dengan winglet.
Pakej elektronik juga dipertingkat dengan pertambahan DEB (Dynamic Engine Brake) yang mempertingkatkan kestabilan ketika membrek sewaktu di selekoh agar penunggang berasa lebih yakin.
Selain itu, turut diperkenalkan adalah Race Brake Control yang membuatkan brek belakang lebih berkesan dan efisien.
Pada masa sama, Panigale V4 S kini disertakan dalam program Ducati Factory Made yang membolehkan motosikal berkenaan dikustom di peringkat pengeluaran.







