Buletin

EDISI 75 TAHUN JEEP

Meraikan 75 tahun kehadiran Jeep, pengeluar kenderaan Amerika Syarikat  itu menyediakan barisan produk edisi terhad sebanyak 8,000 unit.

jeep-wrangler-75-tahun-mekanika (2)

Bagaimanapun, model terhad itu hanya ditawarkan di pasaran EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika). Salah satu produk yang menarik perhatian ialah Jeep Wrangler.

Versi 75 tahun itu menerima  Lencana Edisi Tahunan (75th) yang mewakili bilangan produksi terhad. Bahagian rim bersaiz 17 inci didatangkan dengan warna low gloss bronze. Perincian warna gangsa juga boleh dilihat pada bahagian gril hadapan, perumah lampu utama dan bampar hadapan dan belakang.

jeep-wrangler-75-tahun-mekanika (1)

Ruang kabin dipadankan dengan warna oren bersama kerusi berlogo 75 tahun. Tidak ketinggalan tawaran power dome yang berfungsi  sebagai lubang pengudaraan.

Didatangkan dengan warna badan hijau Sarge, harga model berkenaan ditawarkan pada harga asas AS$39,370 (RM154,000) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button