Modifikasi

RESTORASI HONDA CREF8X EMAS

Kata orang, kalau nak main kereta lama, hati kena kental. Nak beli barang bukan saja kena pantas dan berebut. Tapi yang tak tahan tu kena tipu hidup-hidup pun ramai.

Honda-CRX-gold-mekanika (11)

Contohnya, anda nampak satu iklan set suspensi Mugen di Sabah, harga masuk akal, profil penjual pun macam meyakinkan. Kalau tak bayar atau booking dulu memang melepas lah jawapnya. Nak COD kawan-kawan di Sabah pulak tak ada. Last-last bank in duit dan tunggu punya tunggu barang tak sampai-sampai. Check punya check, rupanya scam dan orangnya duduk kat Puchong. Macam celaka kan?

Itu satu contoh peritnya dengan persaingan mendapatkan part kereta lama ni. Nah, Honda CRX pun dah masuk dalam kategori kereta olskool. Bukan main lagi harganya melonjak naik beberapa tahun kebelakangan ini.

Honda-CRX-gold-mekanika (9)

Dahulu, harga CRX sekitar RM50,000. Tahukah anda, sebuah CRX yang lengkap sekarang harganya lebih dari pasaran yang dijual 20 tahun lepas?

Saya rasa, sembilan daripada 10 kereta ini yang ada atas jaan semuanya dalam keadaan sempurna. Orang tak membazir beli buat kereta donation untuk siapkan satu lagi sebab harganya memang mahal dan tak berbaloi beli scrap.

Honda-CRX-gold-mekanika (3)

Kalau yang tersadai kebanyakannya ada masalah geran, tukar nama atau pendaftaran. Macam casis tempered, kereta sambung dan kereta magik yang masuk kontena dari Jepun tiba-tiba sampai sini guna plat klon kemudian kantoi.

Di Amerika Utara, kereta ini diubah suai dengan cara yang luar biasa menurut padangan penduduk Asia khususnya. Enjin B series bukanlah pilihan, semuanya sumbat K20. Stroker K24 itu biasa, kuasa 200hp hingga 300hp itu macam mainan. Sebut saja apa sahaja jenis toyol untuk enjin ini, majoritinya dibuat oleh R&D Amerika.

Honda-CRX-gold-mekanika (12)

Tapi selera modifikasi orang Asia sedikit berbeza. Walaupun K20 dah mainstream, B series masih menjadi pilihan yang praktikal dari segi belanja dan masa depan upgrade.

Pilihan brader CRX emas ini ialah enjin B18C Type R yang boleh terus masuk sebab body asal kereta ini memang EF8. Kalau ikut sejarah, enjin B16 generasi paling awal tahun 1988. Bayangkan masa tu punya teknologi kalau bandingkan dengan B16A memang maju 10 tahun di depan.

Honda-CRX-gold-mekanika (14)

Beberapa pengubahsuaian dibuat pada enjin ini. Misalnya, adjustable cam pulley Works, ekstraktor ekzos 4-1, air filter Mugen, throttle body S90 dan aluminium radiator Synergy. Kotak gear asal dipasang dengan LSD ATS jenis full lock. Kalau jenis tak reti pandu, baik jangan sebab nanti tak pasal komplen kat pomen cakap CV joint rosak!

Dalam banyak jurnal dan tulisan automotif, CRX dianggap kejuruteraan hebat di zamannya kerana berjaya menjadikan sebuah kereta FF sangat cemerlang pengendaliannya.

Honda-CRX-gold-mekanika (6)

Sebab itu anda boleh tengok sampai sekarang kereta ini masih menjadi pilihan oleh pelumba persendirian. Malah di Jepun masih banyak acara Sunday Race yang khusus untuk CRX dan Civic purba. Untuk membuatkan ia bertambah lengkap, pemiliknya memasang suspensi boleh laras Tanabe Sustec.

Brek asal EF8 masih menjalankan tugasnya dengan baik. Rim Wedsport 15 dibalut dengan tayar depan 195/55 Dunlop dan belakang 165/45r15. Sebenarnya tayar depan itu tidaklah gemuk mana. Tetapi disebabkan tayar belakang nipis saiz K-Car, automatik tayar depan nampak macam belon.

Honda-CRX-gold-mekanika (15)

Memandangkan kereta ini orang main seluruh dunia dan sumber alat gantinya hanya dari Jepun, maka anda kira sendiri berapa harga setiap aksesorinya. CRX ini dipasang dengan dashmat EF8, APEXI VAFC Defi takometer, stering Personal dan Sunk2 quick shift. Dashmat EF8 harganya lagi mahal daripada VAFC dan Defi. Pengsan!!!!

Bahagian luar pula, kira bertuah sebab body asalnya ialah EF8 dengan spesifikasi sunroof. Beberapa penambahan dibuat seperti lampu belakang USDM, diffuser belakang carbon J. S Racing door visor, bonet depan fibre japan, bumper lips dan cermin sisi Spoon.

Honda-CRX-gold-mekanika (16)

Jadi adakah berbaloi beli kereta ni? Sumpah, kalau ada duit pun saya beli. Pasang ┬árim BBS RS FR, cat warna putih, lowered dan cermin kasi CLEAR. Seat Mugen sepasang, acah-acah laju, enjin B16A auto pun takpe…

Google ads
Back to top button