Buletin

MITSUBISHI ASX FACELIFT DEBUT DI AUTO CHINA 2016!

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) hari ini mengumumkan bahawa model crossover kompaknya, ASX akan melakukan debut di peringkat Asia pada acara Beijing International Automotive Exhibition (Auto China 2016) pada hujung bulan ini.

Mitsubishi-ASX-facelift-2016-mekanika (1)

ASX baharu itu tampil dengan konsep rekaan Dynamic Shield yang sebelum ini diaplikasikan pada model Outlander.

Selain gayaan terkini, ASX turut menggunakan rim bersaiz 17 inci rekaan baru agar kelihatan lebih atletik.

Mitsubishi-ASX-facelift-2016-mekanika (2)

Dihasilkan di China oleh pihak GAC Mitsubishi, penjualan dan produksi ASX untuk pasaran domestik akan dimulakan pada bulan ini.

Selain ASX, MMC akan mempamerkan beberapa model seperti plug-in hibrid Outlander PHEV, Pajero, Pajero Sport dan Lancer EX dengan spesifikasi khas.

Google ads
Back to top button