BuletinModifikasi

ENJIN CORVETTE STINGRAY 460HP!

Chevrolet baru-baru ini mengumumkan bahawa enjin baharu untuk model Corvette Stingray kini mampu menhasilkan kuasa sehingga 460hp (343 kW) @ 6,000rpm dan tork maksimum 630Nm @ 4,600rpm.

Dengan ekzos standard, model Stingray sebelum ini sudah pun memiliki kuasa 455hp (339 kW) dan tork 624Nm.

K2014 6.2L V8 VVT DI LT1 Corvette

Enjin LT1 V8 bersesaran 6.2 liter itu hadir bersama sistem ekzos berprestasi tinggi. Ini merupakan rating kuasa paling tinggi yang pernah ada untuk model Corvette. Biarpun begitu, ia tetap mampu menawarkan penjimatan bahan api signifikan jika dipandu di lebuh raya.

70262che

“Prestasi enjin LT1 pada Corvette Stingray membolehkan pemandu menikmati lebih kuasa pecutan berbanding enjin standard. Malah kuasanya itu mengatasi enjin yang ditawarkan oleh pesaing lain,” kata Ketua Jurutera Small Block, Jordan Lee.

GranTurismo5-Corvette-Stingray-004

Chevrolet menganggarkan jentera tersebut berupaya memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh kurang empat saat. Keupayaan enjin itu adalah hasil aplikasi beberapa teknologi termaju seperti sistem pancitan terus, pengurusan bahan api aktif dan injap pemasaan boleh ubah berterusan yang menyokong sistem pembakaran canggih.

GranTurismo5-Corvette-Stingray-001

Enjin LT1 V8 ini merupakan generasi kelima dalam keluarga enjin Small Block yang mula-mula dipasang pada Corvette pada tahun 1955. Lima tahun kemudian, enjin Small Block ini membantu Corvette memenangi gelaraN pertamanya dalam perlumbaan  24 Hours of Le Mans.

7025che-Stingray

Corvette Stingray coupe 2014 dijangka dijual menjelang akhir tahun ini. Menggunakan struktur kerangka aluminium sepenuhnya dan chasis yang dipertingkatkan, penambahbaikan turut melibatkan rekaan luaran serta dalaman.

[hr] Galeri 

_DLS1441_DLS1443_DLS1444_DLS14502014-Chevrolet-Corvette-057Chevrolet at the 2013 Geneva Motor Show

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button