Artikel Pilihan

PENGECAS TURBO PALING GEDABAK UNTUK CORVETTE C8 ZR1 – KALAU BOCOR POKET PUN RABAK

Apa akan berlaku bila sepasang pengecas turbo dipasang pada enjin NA V8 yang berkuasa? Apatah lagi jika ia sebuah muscle car terkenal dalam sejarah. Betul, hasilnya ialah sebuah Corvette yang paling berkuasa dalam sejarah: Chevrolet Corvette ZR1 2025. Ia bukan hanya memecah rekod kuasa empat angka milik Corvette terdahulu malah ia juga memecahkan rekod dunia untuk pengecas turbo paling besar di dunia pada sebuah kereta produksi.

Corvette C8 ZR1 menggunakan dua pengecas turbo untuk memecahkan rekod kuasa tapi pada masa yang sama ia memecahkan rekod saiz pengecas turbo. 1,064 kuasa kuda, itu adalah angka kuasa jentera perlumbaan drag satu ketika dahulu tapi kini ia dah jadi kebiasaan untuk supercar dan hypercar moden. Semua dah melepasi paras 1,000 hp.

Inilah hasil penggunaan pengecas turbo berkembar pada Corvette C8 ZR1 baharu. Nadi 5.5 liter ini mampu menyeru 1,064 hp kuasa pada 7,000 rpm! Corvette la ni tidak serupo mulo bey. Ianya adalah hasil dua pengecas turbo yang setiap satunya bersaiz 76mm dan 67mm.

Sebagai perbandingan saiz pengecas turbo berkembar Nissan GT-R ialah 53mm dan 48mm. ha boleh agak tak besar mana saiz pengecas turbo ZR1 baharu ni. Kini pecutan ZR1 bukan hanya menghasilkan deruman enjin V8 tapi ia diselang-selikan dengan siulan pengecas turbo yang membuatkan pemandunya semakin ketagih.

Google ads
Back to top button