" "
Buletin

EV NASIONAL PERTAMA MALAYSIA TERUS MEMIKAT, TAWARAN LANJUTAN UNTUK 3,000 PELANGGAN LAGI!

Selepas sambutan luar biasa dengan lebih 3,000 tempahan hanya dalam masa sebulan, PRO-NET, anak syarikat PROTON, telah mengumumkan lanjutan pakej pelancaran istimewa untuk Proton e.MAS 7, EV nasional pertama Malaysia.

Kini, 3,000 pelanggan berikutnya berpeluang menikmati tawaran eksklusif termasuk rebat harga sehingga RM4,000, menjadikan jumlah keseluruhan 6,000 pelanggan awal layak untuk promosi menarik ini.

Sejak pelancaran, Proton e.MAS 7 mendapat perhatian dengan ciri teknologi terkini, prestasi cemerlang, dan praktikaliti, menjadikannya pilihan utama bagi rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada kenderaan elektrik.

Dengan lanjutan ini, PRO-NET terus menunjukkan komitmen untuk memastikan mobiliti lestari lebih mudah diakses.

Berikut adalah harga Proton e.MAS 7 selepas rebat:

Sebagai sebahagian daripada promosi ini, lima pakej eksklusif terus diberikan, menawarkan nilai luar biasa:

  • Power Home: Pengecas rumah 7kW percuma bernilai RM1,500.
  • Power Plus: Penyesuai V2L percuma bernilai RM500.
  • Power Online: Data internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800.
  • Power Thru: Jaminan kenderaan tanpa had jarak selama 6 tahun dan jaminan bateri 8 tahun/160,000km.
  • Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200

Jangan lepaskan peluang ini, dan tempahan boleh dibuat di pengedar Proton e.MAS seluruh negara atau melalui laman web rasmi Proton e.MAS.

Bagi memastikan perjalanan EV anda lancar, aplikasi mudah alih Proton e.MAS turut tersedia untuk memberikan kemudahan tambahan.

Google ads
Back to top button