
PROTON E.MAS 7 CATAT REKOD, KEKAL RAJA EV NEGARA
Proton e.MAS 7 terus mendominasi pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan dengan mengekalkan kedudukan sebagai model EV nombor satu negara selama tujuh bulan berturut-turut.
Menurut Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), setakat 31 Julai 2025, sebanyak 4,959 unit telah diserahkan kepada pelanggan, meliputi 4,689 unit di Malaysia dan 270 unit untuk pasaran eksport.
Untuk rekod, bulan Julai turut mencatatkan 1,365 tempahan baharu, rekod bulanan tertinggi sejak pelancarannya.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, kejayaan e.MAS 7 adalah hasil usaha menawarkan kereta elektrik dengan keseimbangan prestasi, keselesaan, teknologi moden dan harga yang mampu milik.

“Kami amat menghargai sokongan pelanggan yang telah menjadikan e.MAS 7 sebagai pilihan utama mereka,” katanya.
Varian Premium menyumbang 86 peratus daripada penghantaran, manakala Platinum Silver menjadi pilihan warna paling popular.
PROTON turut memperkenalkan warna baharu Obsidian Black serta edisi terhad Turquoise Green dan Quartz Rose.
Rangkaian pengecasan EV kini merangkumi lebih 3,400 titik di seluruh negara, termasuk lebih 1,100 titik di 930 kediaman bertingkat.
PROTON juga menawarkan program Power Exchange yang memberikan bonus tukar beli RM5,000 bagi memudahkan peralihan kepada mobiliti elektrik.
- BACA: LAMBORGHINI FENOMENO DIPERKENALKAN – BUNYI EKZOSNYA PUN DAH CUKUP FENOMENA
- BACA: AVETA RANGER MAX EXPLORER DAPAT NAIK TARAF SIGNIFIKAN – DARI RM6,988
- BACA: NAZA AUTOMANIA KEMBALI LAGI PADA 22 HINGGA 24 OGOS INI
- BACA: NISSAN PERKENALKAN SEDAN HIBRID PLUG-IN BAHARU N6 DI CHINA, BAKAL MASUK PASARAN ASEAN?







