
EON BERHAD RASMI BILIK PAMERAN PROTON e.MAS DI DAMANSARA – TAWAR KADAR FAEDAH RENDAH, HADIAH TIKET LIGA 7X7 ALL STARS MENANTI
EON Berhad, pengedar pelbagai jenama automotif yang berpengalaman lebih 40 tahun di Malaysia, sekali lagi membuktikan komitmennya dalam mendekatkan mobiliti masa depan kepada rakyat.
Kali ini menerusi pelancaran pusat pameran terbaharu Proton e.MAS di Damansara, yang turut meraikan pelancaran ini dengan pelbagai tawaran hebat, pengalaman interaktif serta kerjasama sukan bertaraf antarabangsa.
Bertempat di Jalan Damansara, lokasi strategik ini dibuka secara rasmi pada 7 Julai 2025 dengan sambutan hangat daripada pengunjung dan peminat EV tempatan.
Pelanggan yang hadir bukan sahaja diberi peluang melihat dengan lebih dekat model Proton e.MAS 7, malah boleh mencubanya sendiri menerusi sesi pandu uji eksklusif.

Dengan reka bentuk pusat pameran yang moden dan mesra pelanggan, EON meletakkan penekanan pada pengalaman pemilikan secara menyeluruh, dari perundingan, hingga sokongan selepas jualan, seiring dengan gaya hidup urban yang semakin beralih kepada elektrifikasi.
Promosi 7.7: Kadar Faedah Menarik & Tiket VIP Liga X
Bermula 7 Julai 2025, pelanggan yang membuat tempahan Proton e.MAS 7 akan menikmati kadar faedah rendah serendah 1.68% setahun, tawaran terhad sempena pelancaran rasmi.
Lebih menarik, pelanggan yang membuat tempahan antara 7 hingga 17 Julai turut berpeluang memenangi tiket tepi padang bernilai RM399 untuk menyaksikan aksi pemain legenda di acara Zurich Liga 7×7 All Stars 2025, bakal berlangsung pada 19 Julai ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Gabungan Automotif & Bola Sepak: EON sebagai Rakan Mobiliti Rasmi
EON juga menyumbang di luar dunia automotif dengan menjadi Rakan Mobiliti Rasmi bagi acara Zurich Liga 7×7 All Stars 2025, sebuah acara bola sepak eksklusif yang menghimpunkan nama besar seperti John Terry, Ryan Giggs, Dimitar Berbatov, serta bintang tempatan seperti Safee Sali.
Sepanjang acara dari 18 hingga 19 Julai, EON akan menyediakan kenderaan SUV khas sebagai shuttle rasmi untuk pemain legenda, selain pelbagai aktiviti jenama di lokasi acara.
Kehadiran dijangka melebihi 15,000 pengunjung, termasuk selebriti, peminat bola sepak dan pengikut gaya hidup digital.
Lokasi & Waktu Operasi
Pusat pameran Proton e.MAS EON Damansara terletak di 2806, Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.
Ia dibuka Isnin hingga Sabtu dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang, manakala pada Ahad dan cuti umum, ia beroperasi dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang.
Pusat servis pula beroperasi Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 5:30 petang) dan Sabtu (8:30 pagi – 1:00 petang), serta ditutup pada Ahad dan cuti umum.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan ujian pandu, layari: eon.com.my/proton-e-mas-damansara
- BACA: HYUNDAI IONIQ 6 N 2026 DIDEDAHKAN: 0-100KM/J 3.2 SAAT, ANGGARAN HARGA SEKITAR RM515K
- BACA: CONTINENTAL LANCAR TAYAR ECOCONTACT 6 DAN 6Q DI MALAYSIA – UNTUK KENDERAAN PETROL, HIBRID, ELEKTRIK
- BACA: DAH RASA PEMANDUAN BRITISH SEBENAR? JOM KE “DARE TO LOVE” MG MOTOR ROADSHOW DI 1 UTAMA, TENGAH HAPPENING SEHINGGA 13 JULAI!
- BACA: HONGQI MASUK PASARAN INDONESIA TAHUN DEPAN







