
PROTON e.MAS 7 TERIMA KEMASKINI – APPLE CARPLAY, WARNA LUARAN DAN DALAMAN BAHARU
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat kepada PROTON, mengumumkan penambahbaikan terkini untuk model kenderaan elektrik paling popular mereka, Proton e.MAS 7.
Berdasarkan maklum balas langsung daripada pengguna, model ini kini hadir dengan warna baharu, ciri pintar terkini, dan pakej pemilikan yang lebih menarik.
e.MAS 7 kini ditawarkan dalam warna luaran baharu, Obsidian Black, serta pilihan dalaman Alabaster White yang eksklusif untuk dua varian Premium Quartz Rose dan Turquoise Green.
Warna dalaman ini hanya ditawarkan sebanyak 250 unit setiap satu, memberikan sentuhan premium dan eksklusif kepada pemilik.

Selain itu, sistem operasi Flyme Auto yang dipertingkatkan memberikan prestasi lebih responsif serta sokongan aplikasi pihak ketiga seperti Zoom for Cars, izi.TRAVEL, dan Vivaldi Browser, menjadikan pengalaman dalam kabin lebih menyeronokkan.
Tambahan besar yang dinantikan iaitu Apple CarPlay, kini tersedia secara berwayar dan tanpa wayar. Android Auto pula dijangka hadir hujung tahun ini. Ciri keselamatan juga diperhalusi dengan fungsi amaran bunyi EV yang boleh diperibadikan, di mana pengguna boleh memilih antara nada Galactic Note, Space Walk, atau Classical.
Pakej Jualan Power Pack+ yang Lebih Menarik

Untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah dan menguntungkan, PRO-NET memperkenalkan pakej Power Pack+ yang merangkumi:
- Pengecas rumah 7kW percuma (RM1,500)
- Sokongan V2L percuma (RM500)
- Data internet tanpa had 5 tahun (RM1,800)
- Waranti 6 tahun tanpa had perbatuan, dan 8 tahun/160,000 km untuk bateri
- Rebat tukar beli RM5,000
Sebagai tambahan, penutup ruang barangan kini disertakan sebagai standard, dan pemilik sedia ada akan turut menerima aksesori ini tanpa caj dalam masa terdekat.
Proton e.MAS 7 versi terbaharu sudah mula dipamerkan dan dijual di seluruh pengedar sah. Bagi yang ingin mencuba sendiri pembaharuan ini, boleh kunjungi bilik pameran atau lawati laman rasmi dan media sosial Proton e.MAS.
- BACA: BYD MERAIKAN PENGELUARAN KE SEJUTA MODEL DOLPHIN SURF. WOW!!
- BACA: HYUNDAI TUCSON 2025 RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM143K
- BACA: HYUNDAI STARIA 7 TEMPAT DUDUK RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA – JANA 177PS, HARGA BERMULA RM267K
- BACA: HYUNDAI SANTA FE SERBA BAHARU DILANCARKAN DI MALAYSIA – JANA 281PS, HARGA BERMULA RM225K







