Buletin

EV UNTUK PENIAGA, WUJUD KE TIDAK?

Sejak mengikuti perkembangan kenderaan elektrik (EV) di China memang jelas dunia sekarang serius ke arah program penghijauan kenderaan.

Pelbagai aneka model dan jenama dipasarkan di China dan hanya menunggu masa limpahan tersebut akan ke negara lain.

Dalam perlumbaan EV untuk pasaran kereta penumpang, apa khabar dengan pemilik perniagaan?

Mereka adalah wakil penting dalam industri automatif dan pengguna tegar kenderaan jimat minyak diesel.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Satu kajian yang dibuat Nissan mendapati dua pertiga (66 peratus) perniagaan kecil menjangkakan kenderaan mereka akan menggunakan EV sepenuhnya dalam masa 20 tahun akan datang.

50 peratus menjangkakan bakal menggunakan EV dalam masa sepuluh tahun.

Bahagian perniagaaan LCV (light commercial vehicle) Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi membuat kajian ini bagi memahami tabiat pemilik bisnes kecil dan pembuat keputusan di serata dunia.

Kajian turut mendapati hampir semua (93 peratus) pemilik atau pembuat keputusan bertanggung jawab terhadap 50 kenderaan atau lebih menimbangkan kelestarian alam sekitar sebagai perkara penting.

Perkembangan ini berlaku pada masa pengeluar berusaha dengan giat bagi meningkatkan dalam memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat untuk kenderaan yang mampan.

Sektor perniagaan juga sedang bersedia bagi menghadapi undang-undang emisi lebih ketat dan mencari jalan dalam menangangi isu perubahan iklim.

Bahagian LCV Pakatan sebenarnya sudah bergerak ke arah dunia elektrifikasi dan ini boleh dilihat melalui prestasi jualan terkini.

Di Eropah, van komersil EV Renault menguasai 46.2 peratus pasaran dan menyumbang kepada peningkatan tahunan sebanyak 13.5 peratus kepada perkembangan kenderaan komersil ringan.

Jualan LCV keluaran Pakatan seperti trak, van dan SUV komersil telah mencecah hampir dua juta unit dan merupakan angka tertinggi dalam sejarah divisyen ini.

Berikut ialah perkembangan model LCV Pakatan:

  • Groupe Renault – Barisan LCV terdiri daripada Kangoo Z.E, Master Z.E, Twizy Cargo dan Zoe Societe. Menjelang 2022, kesemua van akan dilengkapi teknologi elektrifikasi
  • Nissan e-NV200 – Pada 2018, pengeluaran meningkat sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya dan mencecah 6,000 unit
  • Mitsubishi menawarkan MiEV MINICAB di Jepun dan versi komersil Outlander PHEV di beberapa pasaran global

Berikut ialah di antara dapatan kajian:

  • Lebih tinggi perolehan syarikat dan lebih besar jumlah kenderaan, lebih penting kelestarian untuk mereka
  • 55 peratus responden melihat barisan kenderaan mereka menjadi autonomi sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun yang akan datang dengan 38% berkata ini mungkin berlaku dalam masa 10 tahun
  • 48 peratus daripada perniagaan dengan perolehan USD 100 juta atau lebih menyatakan kemampanan alam sekitar adalah sangat penting sementara hanya 25% daripada perniagaan dengan perolehan di antara USD 100 ribu hingga USD 9.9 juta mengatakan perkara sama

  • 35 peratus responden mengatakan bahawa kecekapan perniagaan adalah motivasi utama mereka untuk mengguna pakai teknologi baru
  • Cabaran teratas dalam perniagaan logistik adalah pertumbuhan e-dagang dan peningkatan permintaan untuk penghantaran iaitu sebanyak 18 peratus dan lebih tinggi berbanding mematuhi peraturan (17 peratus) dan perubahan jangkaan pelanggan untuk masa penghantaran
  • Satu perlima responden mengatakan kesambungan (connectivity) akan menjadi kunci kepada kejayaan dari perspektif logistik
  • Baki pemilik perniagaan percaya automasi akan memainkan peranan terbesar dalam kejayaan masa depan mereka
  • Dari segi kesediaan organisasi untuk mengguna pakai teknologi baru, lebih daripada satu pertiga (35 peratus) berkata kecekapan perniagaan adalah sebab utama untuk melabur dalam teknologi baru dalam barisan kenderaan mereka

  • 21 peratus mengatakan bahawa penjimatan kos mempengaruhi keputusan mereka, dan 14 peratus menekankan keinginan mereka untuk menjadi lebih mampan
  • Sebagai sebahagian daripada rancangan jangka pertengahan Pakatan 2022, Renault-Nissan-Mitsubishi membuat jangkaan bahawa sinergi tahunan akan melebihi EUR 10 bilion menjelang akhir tahun 2022
  • Organisasi di bawah Pakatan akan meningkatkan perkongsian, menyasarkan sembilan juta unit berdasarkan empat platform sama
  • Pelan ini juga akan memperluaskan perkongsian penggunaan nadi kuasa sama kepada 75 peratus daripada jumlah jualan
  • Di samping itu, 12 kenderaan elektrik sifar emisi akan dilancarkan dan 40 kenderaan akan diperkenalkan dengan tahap autonomi yang berbeza

BACA: PANDU UJI: MPV NISSAN SERENA HYBRID C27

BACA: #IKLANPILIHAN: NISSAN PULSAR GTiR, TORA DATANG LAGI!!!!

BACA: NISSAN DAN MITSUBISHI KELUARKAN KEI-CAR DAYZ DAN ek-Wagon DI JEPUN

Tags
Google ads
Back to top button