Buletin

NISSAN DAN MITSUBISHI KELUARKAN KEI-CAR DI JEPUN

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dan Nissan Motor Co. Ltd pada 14 Mac 2019 mengumumkan model perkongsian baharu untuk pasaran domestik Jepun.

Bukan satu model tetapi empat model sekaligus iaitu kereta mini (kei-car) Mitsubishi eK wagon, Mitsubishi ek X, Nissan Dayz dan Nissan Dayz Highway Star.

Pengeluaran model-model tersebut juga bermula pada hari yang sama di kilang Mitsubishi Mizushima di Kurashiki, Jepun.

Buat kali pertama, model yang ditawarkan dilengkapi teknologi pemanduan semi autonomi yang direka untuk kegunaan satu lorong di lebuh raya.

Majlis yang diadakan sebenarnya lebih kepada pelancaran semula kerana kedua-dua Mitsubishi dan Nissan telah bekerjasama melalui sebuah syarikat iaitu NMKV Co., Ltd

Di dalam syarikat itu, Mitsubishi dan Nissan masing-masing mempunyai pegangan sama rata sebanyak 50 peratus.

Projek pertama NMKV ialah mengeluarkan Mitsubishi ek Wagon generasi ketiga dan Nissan Otti pada 2013 yang kemudian dikenali sebagai Nissan Dayz.

Selepas Nissan memiliki saham Mitsubishi dan berada dalam Pakatan (Alliance) pada 2016, kedua-dua syarikat telah meningkatkan kerjasama mereka dengan lebih mendalam.

Pada bulan Februari 2019, Nissan melancarkan Livina baharu di Indonesia yang berkongsi pelantar dengan Mitsubishi Xpander.

Model baharu eK Wagon dan Dayz telah melalui penambahbaikan dari segi prestasi, pelantar, enjin dan transmisi.

Walaupun berkongsi komponen utama, kedua-dua model mempunyai reka bentuk berbeza.

ek Wagon tampil dengan gayaan Dynamic Shield manakala Dayz pula kemas dengan gayaan V Motion.

Dari segi enjin pula, kedua-dua Mitsubishi dan Nissan tidak mendedahkan maklumat mengenainya namun ek Wagon dan Dayz terdahulu dikuasakan enjin 657 CC 3G83 I3 dan I3 Turbo.

Sama seperti model mini Jepun lain, pacuan digerakkan oleh dua roda depan atau empat roda (4WD).

Okay lulus, mohon Nissan atau Mitsubishi bawa masuk ek Wagon dan Dayz ke pasaran tempatan.

Tags
Google ads
Back to top button
Close