Buletin

NISSAN TUBUH JK KHAS UNTUK PERBAIKI TADBIR URUS, CARLOS GHOSN MASIH DITAHAN

Bekas bos besar Nissan masih lagi ditahan pihak berkuasa Jepun. Kami tidak pasti tentang undang-undang negara Jepun, nampaknya Carlos Ghosn sudah enam minggu ditahan sejak kesnya meletus. 

Pada 29 Disember, mahkamah daerah Tokyo memaklumkan bekas presiden Nissan itu Ghosn boleh ditahan sehingga 10 hari lagi tanpa ikat jamin.

Di negara kita di mana ada segelintir rakyat yang memanggilnya sebagai ‘cap ayam’, individu yang ditahan untuk membantu siasatan dan orang kena tuduh (OKT) mempunyai hak untuk diikat jamin dan dibebaskan sementara menunggu dakwaan atau perbicaraan.

Di Jepun juga begitu cuma mahkamah nampaknya belum memutuskan Carlos Ghosn sedia untuk dibebaskan di atas permohonan pendakwaraya.

Sejak ditahan pada 11 November lalu, Carlos Ghosn ditahan sebanyak dua kali dalam masa pendakwaraya membina kes terhadapnya.

Terdapat dua kes yang didakwa ke atas Carlos Ghosn iaitu salah lapor pendapatan bernilaian jutaan dolar di antara 2010 hingga 2015.

Kes kedua pula ialah memindahkan secara sementara kerugian sebanyak 1.85 bilion yen pelaburan kepada subsidiari Nissan semasa krisis kewangan dunia pada Oktober 2008.

Dalam kes ini bukan Carlos Ghosn sahaja didakwa, Nissan pun turut didakwa sekali di atas kesalahan kewangan.

Susulan kes yang melanda Nissan tidak duduk diam, pada 17 Disember lalu ahli lembaga pengarah telah bertemu dan mengambil beberapa langkah dalam mengukuhkan lagi tadbir urus syarikat seperti berikut:

1. Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Menambah Baik Tadbir Urus

  • Pada 22 November, ALP bersetuju untuk meluluskan penubuhan jawatankuasa untuk menerima nasihat dari pihak ketiga yang bebas mengenai pengurusan tadbir urus dan meningkatkan tadbir urus imbuhan pengarah. Berikutan mandat itu, tiga pengarah luar bebas – Masakazu Toyoda, Keiko Ihara dan Jean-Baptiste Duzan – dilantik mengetuai kajian itu.
  • Pada 17 Disember, ALP memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk Meningkatkan Tadbir Urus, menggabungkan pakar bebas luar berdasarkan saranan pengarah luar bebas.
  • Dengan mengambil kira keputusan siasatan terhadap tindakan salah laku serius oleh bekas pengerusi Nissan dan bekas wakil pengarah, Jawatankuasa Khas untuk Meningkatkan Tadbir Urus bertujuan untuk mencari punca-punca utama dan memberi cadangan untuk meningkatkan tadbir urus syarikat, termasuk cadangan untuk memperbaiki proses kelulusan dan tadbir urus untuk menentukan pampasan pengarah dan untuk memberi cadangan untuk mewujudkan keadaan tadbir urus yang baik sebagai asas untuk perniagaan yang mapan dalam sebuah syarikat global terkemuka.

2. Pelantikan Pengerusi Lembaga Penasihat

  • Pada 22 November, ALP meluluskan penubuhan sebuah jawatankuasa penasihat yang akan mencadangkan pencalonan dari lembaga untuk jawatan pengerusi. Jawatankuasa ini terdiri daripada Masakazu Toyoda merangkap pengerusi, Keiko Ihara dan Jean-Baptiste Duzan sebagai ahli.
  • Pada 17 Disember, ALP menerima dan mengakui laporan dari jawatankuasa bahawa jawatankuasa itu akan meneruskan perbincangannya.

3. Rakan Kongsi Pakatan

  • Nissan meneruskan usaha dalam memaklumkan rakan pakatan mengenai perkembangan terkini syarikat. Semasa mesyuarat ALP Mitsubishi Motors pada 17 Disember, Nissan membentangkan taklimat lengkap mengenai kelakuan bekas pengerusi dan wakil pengarah Nissan.
  • Nissan hari ini mengulangi komitmen kepada Renault tentang kesediaannya pada bila-bila masa untuk memberi taklimat penuh pada mesyuarat lembaga Renault untuk mengekalkan pemahaman yang sama di kalangan rakan pakatan.

BACA: NISSAN GT-R50 by ITALDESIGN SAH DIJUAL, BOLEH TEMPAH PADA HARGA…

BACA: INI AYAHANDA GT-R50, NISSAN SKYLINE 2000 GT-R 1972

Kredit foto: Nissan

Google ads
Back to top button