Buletin

PROTON DEDAH FOTO RASMI IRIZ FACELIFT – ADA CIRI ‘HI PROTON’

PROTON hari ini mendedahkan foto rasmi Proton Iriz yang dijangka diperkenalkan pada tahun ini.

Hatchback segmen B itu menjadi model pertama dalam rangkaian model sedia ada PROTON yang menerima proses facelift selepas kerjasama dengan Geely diumumkan.

Perubahan paling ketara pastinya pada bahagian hadapan yang diinspirasikan daripada bahasa rekaan “Ethereal Bow” yang mula digunakan pada model X70.

Bampar hadapan baharu diserlahkan dengan gril radiator yang menampilkan corak “Infinite Weave” dan logo PROTON. Ia diapit oleh sepasang lampu utama yang nipis dan lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Di bahagian belakang pula, Iriz menerima identiti korporat baharu apabila emblem PROTON dilekatkan pada tailgate garnish yang sebelum ini hanya menempatkan logonya.

Ditambah dengan bampar belakang yang baru, bahagian tersebut nampak lebih lebar dan sporty. Rekaan dikemaskan lagi dengan penggunaan antenna jenis shark fin dan rekaan bilah rotor pada rim aloinya.

Apa yang lebih menarik ialah Iriz facelift kini dilengkapi skirn sentuh berwarna. Dibangunkan oleh PROTON dan ECARX, komponen itu menawarkan pilihan ketersambungan dan fungsi arahan suara.

Ini menjadikan Iriz sebagai hatchback pertama PROTON yang ditawarkan dengan ciri tersebut.

Maklumat lanjut mengenai sistem infotainmen dan spesifikasi mekanikal Iriz akan dikongsi kemudian.

Google ads
Back to top button