Buletin

FORD CATAT JUALAN TERBAIK PADA JANUARI

Ford semalam mengumumkan prestasi bulanan terbaiknya di Malaysia apabila jualan runcit pada bulan Januari melonjak sebanyak 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,544 unit.

SONY DSC

Rekod bulanan ini dipacu oleh permintaan berterusan terhadap trak pikap Ranger, Fiesta dan SUV urban kompak EcoSport.

Trak pikap Ranger terus menjadi model terlaris Ford di Malaysia. Ia mencatat rekod prestasi bulanan dengan jualan runcitnya melonjak sebanyak 87 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,169 unit.

Ford-january-2015-sales-mekanika (2)

Model Fiesta meneruskan jualan memberangsangkan apabila 168 unit berjaya dijual pada Januari. Permintaan yang kukuh terhadap Fiesta didorong oleh varian enjin 1.0L EcoBoost yang menawarkan kombinasi prestasi, penjimatan bahan api dan tahap emisi yang mendahului kelasnya.

EcoSport pula menyumbang jualan sebanyak 73 unit pada Januari. EcoSport menggabungkan aspek kelincahan, mampu milik dan penjimatan sebuah kereta penumpang kompak dengan fleksibiliti, gaya serta posisi pemanduan yang tinggi sebuah SUV.

Ford-january-2015-sales-mekanika (5)

SUV Kuga menyumbang jualan sebanyak 71 unit. Kuga dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi pintar. Antaranya termasuklah sistem pacuan semua roda pintar Ford, pintu belakang bebas tangan yang boleh dibuka dengan pergerakan kaki dan sistem ketersambungan Ford SYNC.

Ford-january-2015-sales-mekanika (6)

Januari juga menyaksikan pembukaan semula kemudahan Ford yang telah dinaik taraf di Batu Pahat, Johor. Ini merupakan sebahagian daripada strategi Ford untuk terus meningkatkan pengalaman dan pemilikan pelanggan. SDAC turut  melabur sebanyak RM140 juta untuk proses pengambangan pengedaran baharu dan menaik taraf pengedar sedia ada dalam tempoh dua tahun. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button