Motosikal

LANGKAH AGRESIF SUZUKI ASSEMBLERS

Suzuki kembali memasuki pasaran motosikal berkuasa tinggi pada Mac 2014.

SONY DSC

Ketika itu, pengedar rasminya, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers ) cuba mencetuskan impak dengan memperkenalkan empat model jentera berkuasa tinggi iaitu HAYABUSA 1300, GSX1250FA, GSX-R1000 ABS dan V-STROM 1000 ABS di Hard Rock Café, Kuala Lumpur.

Pada Oktober 2014 pula, Suzuki Assemblers menambah sebuah lagi model dengan memperkenalkan GSR750 sempena acara MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

SONY DSC

Taruhan itu nyata membuahkan hasil. Dalam tempoh hampir sepuluh bulan, lebih 200 unit berjaya dijual. Mungkin angka itu tidaklah terlalu besar, namun ia tetap menunjukkan bahawa peminat Suzuki di Malaysia masih ada.

Pagi tadi, syarikat tersebut meneruskan langkah agresif dengan memperkenalkan tiga lagi model baharu yang cukup menarik.  Model pertengahan itu ialah Gladius 650 ABS, V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS.

SONY DSC

Lebih menarik lagi, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu ditawarkan pada harga sangat kompetitif. Dalam erti kata lain, sudah hampir sama dengan model yang dipasang tempatan (CKD).

Tidak percaya? Anda boleh memiliki Gladius 650 ABS pada harga RM39,900 seunit, V-Strom 650 ABS berharga RM41,900 dan V-Strom 650XT ABS, RM43,900 sebuah!. Ini ialah harga asas, tidak termasuk inusurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan sebagainya. Masih boleh dianggap murah sebenarnya.

mekanika-suzuki-big-bikes-launch-mekanika (3)

“Kami telah berusaha keras untuk menawarkan harga sebegini. Justeru, kami optimis untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 100 unit setiap model ini pada tahun 2015. Saya fikir,  V-Strom 650XT akan menjadi model paling laris,” kata Pengarah Suzuki Assemblers, Toru Kobayashi yang menyatakan pihaknya akan memperkenalkan beberapa model lagi pada tahun ini.

Pelanggan tidak perlu bimbang mengenai aspek selepas jualan kerana Suzuki mempunyai sepuluh pengedar Malaysia. Setiap kali motosikal baharu dilancarkan, para mekanik akan diberi latihan khusus demi memastikan kualiti pembaikan yang terbaik.

SONY DSC

Selain pengedar, Suzuki Assemblers turut memiliki empat cawangan di Shah Alam, Alor Star, Prai dan Johor Bahru untuk memberi kemudahan kepada para pelanggannya.

Ditanya mengenai saingan yang diberikan oleh pengedar parallel, Kobayashi menegaskan orang ramai harus membeli motosikal Suzuki daripada pengedar sah.

mekanika-suzuki-big-bikes-launch-mekanika (2)

Ini kerana pihaknya mampu menawarkan perkhidmatan selepas jualan jauh lebih baik, alat ganti tulen dan spesifikasi motosikal adalah menepati piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk meningkatkan lagi kesedaran pasaran terhadap produk yang ditawarkannya, Suzuki Assemblers merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti pemasaran seperti konvoi pada acara SBK dan banyak lagi.

SONY DSC

Saya akan memperincikan tentang ketiga-tiga buah motosikal ini dalam entri berlainan. So, stay tuned!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button