
KEMPEN PANDU SELAMAT CHEVROLET
Pengedar rasmi kenderaan Chevrolet di Malaysia, NAZA Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan kempen servis Pandu Selamat.
Promosi yang sah bermula1 Februari hingga 15 Mac itu memberi peluang kepada semua pemilik memeriksa kenderaan Chevrolet masing-masing.
“Kami menggalakkan para pelanggan agar mengambil bahagian dalam kempen Pandu Selamat ini demi perjalanan ke kampung halaman yang lebih selamat,” kata Naib Presiden Bersekutu Naza Quest, Thoo Ai Wuen.
Terbuka ke atas semua model Chevrolet seperti Spark, Aveo, Optra, Nabira, Lumina, Captiva, Cruze, Sonic, Colorado, Orlando dan Malibu, pelanggan boleh membawa kenderaan mereka ke mana-mana 21 pusat servis sah Chevrolet di seluruh negara.
Kempen itu merangkumi pemeriksaan 40 poin dan diagnostik secara percuma. Dengan pembelian minyak Dexos (enam liter), pelanggan layak menerima satu set sudu dan garfu. Kenderaan yang diservis dengan kos melebihi RM200 pula diberi sebuah patung beruang Chevy.
Maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila hubungi 1-800-2-CHEVY (24389) atau layari laman web www.chevrolet.com.my. Ikuti laman Facebook MyChevrolet dan Twitter di @Chevrolet_MY untuk perkembangan serta tawaran terkini daripada Chevrolet Malaysia.