Buletin

FORD F-150 LIGHTNING BOLEH CAS EV LAIN!

Generasi baharu trak pikap saiz penuh Ford F-150 baru sahaja dilancarkan pada tahun ini diikuti versi elektrik sepenuhnya (F-150 Lightning).

Namun tahukah anda, trak pikap ini sebenarnya bukan sahaja boleh menyalurkan kuasa kepada isi rumah, bahkan boleh digunakan untuk mengecas EV?

Proses pengecasan ini boleh dibuat sekiranya trak pikap tersebut dilengkapi dengan ciri Pro Power Onboard, namun EV yang hendak dicas itu perlulah mempunyai port pengecasan standard SAE J1772.

Penyambung jenis SAE J1772

Jika anda mempunyai sebuah Ford Mustang Mach-E untuk dicas, F-150 Lightning (atau Hybrid) mampu menambah jarak pemanduan sejauh 32 km per jam dengan menggunakan kabel pengecasan Level 2 Ford Mobile Power Cord.

Sekiranya Ford F-150 Lightning anda yang kekurangan kuasa, proses pengecasan vehicle-to-vehicle ini membolehkan anda mendapat jarak sejauh 21 km per jam, sementara Ford E-Transit pula sejauh 16 km per jam.

Di pasaran Amerika, Ford menjual F-150 PowerBoost Hybrid dengan kelengkapan opsyen generator Pro Power Onboard 7.2 kW dan versi 9.6 kW pula akan diperkenalkan pada model trak pikap elektrik Lightning.

Google ads
Back to top button