Motosikal

VESPA KOTA KINABALU RASMI DIBUKA. TAWAR RANGKAIAN PRODUK DAN SERVIS LENGKAP

Pengedar sah skuter Vespa di Malaysia, Didi Resources mengumumkan pembukaan rasmi bilik pameran Vespa di Kota Kinabalu, Sabah. Ia menawarkan rangkaian penuh Vespa, termasuklah aksesori dan pusat servis demi kemudahan pelanggan. 

Pelancaran Stunning Bike atau Vespa Kota Kinabalu itu menjadi bilik pameran Vespa pertama di sana. Ia dilihat mampu mengukuhkan lagi jenama skuter popular itu di negeri berkenaan. Selain di Kota Kinabalu, Didi Resources juga telah menambah dua lagi bilik pameran di Kuantan dan Johor Bahru baru-baru ini. 

Vespa Kota Kinabalu menampilkan identiti korporat terkini Vespa. Kemudahan tersebut hadir dengan pelbagai model Vespa untuk dipilih oleh pelanggan.

Bagi meraikan pembukaan premis itu, Didi Resources merancang untuk memecahkan rekod dengan menaikkan hasil seni grafiti paling tinggi menggunakan belon helium. 

Inisiatif itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bakat artis tempatan. 

Semua pelanggan Vespa di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya boleh mengharapkan perkhidmatan selepas jualan yang holistik. Ia juga dilengkapi ruang menunggu yang selesa. Kemudahan itu terletak di Wisma Inanam, Kota Kinabalu.  

GALERI

Google ads
Back to top button