
FORD RANGER 2022 PADAT DENGAN CIRI KESELAMATAN DAN TEKNOLOGI PEMANDUAN TERKINI
Sama ada anda sedang bekerja, bersama keluarga atau beriadah, keselamatan adalah hal paling utama. Justeru, Ford Ranger generasi baharu menawarkan beberapa ciri perlindungan pelanggaran dan teknologi bantuan pemanduan terbaharu bagi meningkatkan keyakinan di jalan raya.
Gabungan ciri keselamatan aktif dan pasif seperti struktur kenderaan dan beg udara, ditambah dengan teknologi bantuan pemanduan, akan membantu anda menghindar daripada berlakunya kemalangan. Hal ini menjadi teras kepada Ford Ranger generasi baharu.
Sejumlah model kejuruteraan berpandukan komputer (CAE) yang penting turut dibangunkan untuk menguji pelbagai senario kemalangan. Ini termasuklah perlanggaran depan, offset hadapan, ujian tiang sisi, ujian perlanggaran offset belakang, impak pejalan kaki, ujian kekuatan bumbung dan sebagainya.
Pasukan Ford juga melakukan beratus-ratus ujian fizikal bagi memastikan prestasi keselamatan kenderaan dicapai dan mengesahkan ujian model CAE.

Brek Pasca-Perlanggaran (BAHARU)
Sistem brek pasca-perlanggaran Ford akan menekan brek selepas pelanggaran berlaku bagi mengurangkan risiko pelanggaran kedua. Sistem itu secara automatik mengaktifkan tekanan brek sederhana apabila pelanggaran pertama berlaku. Sistem itu ditawarkan pada varian WildTrak dan XLT Plus.
Bantuan Pra-Perlanggaran (DIPERTINGKATKAN)
Ditawarkan pada varian WildTrak dan XLT Plus, Bantuan Pra-Perlanggaran menggunakan kamera pandangan sudut lebar yang dipasang di tingkap dan radar berdekatan bampar depan untuk mengimbas jalan.
Ia berfungsi untuk mengesan risiko pertembungan dengan kenderaan lain, pejalan kaki atau penunggang basikal di depan anda. Jika risiko pelanggaran dikesan, sistem tersebut akan memberikan amaran audio dan visual.
Jika maklum balas pemandu tidak memadai, sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) akan diaktifkan secara automatik. Sistem itu merangkumi:
Brek Kecemasan Automatik (AEB) (DIPERTINGKATKAN)
- Sistem AEB telah dipertingkatkan dengan kemampuan mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal. Selain kebolehan untuk memberikan sokongan AEB di simpang dalam keadaan-keadaan tertentu, menerusi tambahan kamera baru dengan pandangan lebih luas. Ini bermakna jika pemandu gagal untuk bertindak balas, kenderaan akan mengaktifkan brek secara automatik bagi membantu mengurangkan tahap impak sesetengah pelanggaran secara berdepan.
Amaran Awal Pelanggaran
- Jika ada kemungkinan berlaku pelanggan secara berdepan, sistem Amaran Awal Perlanggaran Ford Ranger generasi baharu akan menutup sistem audio dan memberi amaran menerusi audio.

Bantuan Pemanduan Mengelak (BAHARU)
Pertama untuk kenderaan dalam segmennya, ciri Bantuan Pemanduan Mengelak membantu pemandu mengelak risiko pertembungan dengan memperlahankan atau menghentikan kenderaan lebih awal.
Ia dilakukan dengan memberi input kepada stereng. Ini membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan lebih mudah apabila pelanggaran tidak boleh dielak hanya dengan brek.
Sistem itu direka untuk mengendalikan kelajuan sama ada di jalan biasa atau lebuh raya dan menggunakan kamera serta radar yang sama bagi ciri Bantuan Pra-Pertembungan. Ciri berkenaan boleh didapati pada varian WildTrak generasi baharu.
Bantuan Brek Mengundur (BAHARU)
WildTrak generasi baharu juga hadir dengan Bantuan Brek Mengundur yang membantu pemandu untuk mengelak atau mengurangkan risiko pelanggaran ketika mengundur.
Sistem itu boleh mengesan kenderaan yang bergerak, manusia mahupun objek di belakang kenderaan. Sistem itu akan membrek jika pemandu tidak bertindak cepat.

BLIS
Sistem ini seperti memiliki ‘sepasang mata’ ketika menukar lorong atau masuk ke lebuh raya. Jika kenderaan laju masuk ke zon titik buta Ranger, BLIS akan memberi isyarat kepada pemandu menerusi lampu kecil di cermin pandang sisi, agar mereka tidak menukar lorong pada ketika itu.
Penggera Lintasan Trafik (BAHARU)
Situasi mengundur yang sukar kini lebih menyenangkan dengan sistem Penggera Lintasan Trafik Ford Ranger generasi baru pada varian WildTrak. Ketika pemandu masuk ke gear undur, sistem akan diaktifkan dan memberitahu pemandu jika ada kenderaan lain mendekat dari sebelah sisi, ketika mengundur dari perkarangan rumah dan masuk ke jalan raya, atau keluar dari tempat letak kereta pasar raya yang sibuk.

Kawalan Melayar Adaptif (ACC) dengan Stop-and-Go (BAHARU)
Kawalan Melayar Adaptif dengan Stop-and-Go adalah ciri terkini untuk Ranger WildTrak generasi baharu. Ia membolehkan pemandu menetapkan kelajuan melayar dan mengekalkan jarak dengan kenderaan di hadapan.
Apabila kenderaan di hadapan mengurangkan kelajuan, Ranger akan turut perlahan dan malah boleh sehingga berhenti. Apabila jalan kembali lancar, Ranger akan kembali bergerak berdasarkan kelajuan dan jarak kereta di hadapan yang telah ditetapkan.
Dalam situasi yang mengizinkan, ciri pintar itu juga boleh menetapkan kelajuan mengikut had yang tertera pada papan tanda jalan.

Pengenalan eksklusif Ranger generasi terbaharu di Kuching pada 7 September
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, akan mempamerkan Ranger generasi terbaharu di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall, dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.
Menjelang pelancarannya di bilik pameran, acara pratonton ini adalah sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara melibatkan lima lokasi termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru untuk tempoh lima hujung minggu.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti acara pra-tonton dalam siri jelajah Ranger generasi baharu ini.
Daftar di laman Register untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke lokasi berdekatan anda.

Maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.