Buletin

YAMAHA RX-Z 2009 MAHU DIJUAL PADA HARGA KAYANGAN RM180K. MOTOR FULL ORI KATANYA…

Sebelum ini pernah tular pertukaran sebuah Yamaha RX-Z Catalyzer dengan satu lot tanah. Ia sudah cukup untuk membuktikan kegilaan budaya ‘hobi kami mahal’ ini. Kegilaan ini nampaknya tidak berhenti di situ apabila baru-baru ini, sebuah akaun Facebook NA Blasting, Tyres & Services memuat naik foto sebuah Yamaha RX-Z berwarna biru untuk dijual.

Melalui hantaran tersebut, RX-Z model keluaran 2009 itu ditawarkan pada harga RM180,000 bersama bernombor plat tunggal (2). Jika dilihat pada hantaran NA Blasting, Tyres & Services terdahulu, motosikal itu pernah dibawa ke acara perhimpunan mega di Terengganu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Berdasarkan harga jualan yang pernah tular sebelum ini, harga motosikal tersebut dalam lingkungan RM50,000 sehingga RM70,000.

Pelbagai respon dari ruangan komen pada hantaran tersebut dengam kebanyakannya kedengaran begitu sarkastik. “Wow jarang berlaku datang dengan harga mampu milik..” tulis salah seorang pengguna Facebook di ruangan komen.

Netizen juga mengandaikan seolah-olah pemilik tidak benar-benar ingin menjualnya kerana harga yang ditetapkan seperti kayangan.

Spesifikasi Yamaha RX-Z pada awal kemunculannya didatangkan dengan transmisi 5 kelajuan sebelum dinaik taraf kepada 6 kelajuan.

Yamaha RX-Z dijana oleh enjin 135cc 2-lejang yang menghasilkan kuasa 20PS pada 7,500rpm dan tork 12Nm pada 6,500rpm.

Hantaran itu juga menyatakan bahawa motosikal tersebut ‘moto full ori’. Persoalannya sekarang, siapakah yang berani menjadi pemilik baru Yamaha RX-Z harga kayangan ini?

Google ads
Back to top button