Buletin

FORD RANGER XLT PLUS EDISI KHAS DILANCARKAN. 2.0L SINGLE TURBO, 10-AT, BERMULA RM137K 

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi dan kebolehdapatan Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas. Ditawarkan pada harga RM136,888 seunit, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas kini sudah boleh ditempah.

Pelanggan boleh melihat secara dekat trak pikap tersebut di semua bilik pameran Ford di seluruh negara bermula 10 Mac 2022.

Namun, bagi peminat Ranger yang sudah tidak sabar untuk melihatnya, bolehlah berkunjung ke Aras Bawah, Centre Court Queensbay Mall di mana satu unit akan dipamerkan bermula 24 hingga 27 Februari 2022.

Bahagian luaran Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas lebih menonjol dengan rekaan gril hadapan, fender flare dan bar sporti yang direka semula.

Ruang kabin pula dilengkapi scuff plate dengan logo Ranger serta lampu LED.  Ia juga juga dipasang perakam video digital (DVR) pelbagai fungsi termasuk rakaman berdefinisi tinggi (HD), paparan lebih luas, rakaman waktu malam, pemasangan penapis cahaya anti silau dan Mobile App yang disambung melalui hotspot yang sepadan dengan Apple IOS dan Android.  DVR berkenaan hadir bersamakad memori 32GB. 

Dibina lengkap untuk kegunaan kerja, santai dan keperluan keluarga, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas menggunakan khidmat enjin 2.0L Single-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 180PS dan tork 420Nm.

Selain keupayaan meredah air setinggi 800mm dan menunda beban, trak pikap itu dilengkapi pelbagai teknologi pintar.

Antaranya termasuklah pintu kargo belakang yang mudah diangkat, sistem multimedia SYNC dengan kamera undur, 4X4 shift-on-the-fly elektronik, sistem stereng elektrik berkuasa (EPAS), Limited Slip Differential, Kawalan Menuruni Bukit, Hill Launch Assist, brek ABS, EBA, EBD, ISOFIX, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman, Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban serta  Ford MyKey.

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu hitam, perak, putih, biru dan kelabu. 

Sama seperti semua varian Ranger yang lain, ia hadir dengan jaminan  selama lima tahun atau sehingga 160,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI

Google ads
Back to top button