Artikel Pilihan

KERETA BIASA BAWA PERGI MASJID, ENJIN LUAR BIASA POWER

Bila kita sebut berkenaan Ferrari, Porsche, BMW M, AMG atau apa sahaja supercar yang berkuasa, ia pasti akan datang dengan enjin yang sangat berkuasa. Kuasa yang sangat besar, digabungkan dengan transmisi hebat, sistem suspensi canggih dan brek yang berkuasa yang menjadikan supercar ini hebat, seronok dipandu dan senang dikawal

Tapi apa kata kalau kita masukkan enjin yang power ini dalam kereta biasa, mesti best juga kan. Jadi kami senaraikan beberapa kereta production yang pernah dipasang dengan enjin yang berkuasa dan dijual secara sah. Sayangnya kebanyakan model ini tidak dijual di sini.

1. Lancia Thema 8.32 – 8 bermaksud bilangan silinder dan 32 pula adalah bilangan injap yang digunakan. Enjin kereta ini dibekalkan oleh Ferrrari iaitu enjin 2927cc Tipo F105L V8 iaitu unit yang sama dipasang pada model 308 dan juga Mondial Quattrovalvole. Malah sesetengah komponen enjin ini dihasilkan oleh Ducati

Bagi memastikan enjin ini sesuai bagi sebuah sedan, ia menggunakan rekaan aci engkol cross plane , injap yang lebih kecil dan firing order yang berbeza. Ia mampu menjana 212 kuasa kuda, membuat pecutan 0-100 dalam masa 6.8 saat dan halaju tertinggi ialah 240km/j dengan transmisi manual sahaja. Sistem brek pula menggunakan brek cakera 294mm di depan dan 251mm belakang

2. Mercedes AMG R63 – sebuah mpv bersaiz sederhana tapi dipasang dengan enjin M156 6200cc V8 yang menghasilkan 503 kuasa kuda dan 630Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi 7G-Tronic AMG SpeedShift dan sistem AWD 4Matic bagi menjinakkan semua kuasa yang dihasilkan oleh enjin

Tapi walaupun dipasang pada MPV, ia masih berupaya membuat pecutan seperti supercar yang lain dengan catatan masa 0-100km/j dalam masa 4.6 saat dan halaju maksimanya dihadkan pada 275km/j.

3. VW Phaeton W12 – ia merupakan model paling besar dengan jarak antara roda paling panjang yang pernah dihasilkan oleh Volkswagen iaitu pada 3001mm. Phaeton dijual dengan beberapa pilihan enjin seperti 3.2 VR6, 4.2 V8 atau paling besar sekali 2 enjin VR6 digabungkan dalam satu unit menjadi WR12 bagi mengasilkan 412 kuasa kuda.

Kuasa ini membolehkan Phaeton seberat 2400kg dibawa pada halaju setinggi 250km/jam di lebuhraya Autobahn. Daripada luar memang langsung tak nampak kereta ini berkuasa, nampak biasa -biasa sahaja. Enjin ini juga dipasang pada model Bentley Continental GT dan Bentley Flying Spur dalam versi turbo bagi menghasilkan 600 kuasa kuda

4. Honda Civic VTi Wagon – siapa sangka Honda Civic satu ketika dulu pernah ditawarkan dalam varian wagon, tapi bukan untuk pasaran Malaysia tapi untuk pasaran Eropah dimana mereka memerlukan ruang belakang yang lebih besar. Walaupun nampak biasa, wagon ini dipasang dengan enjin yang luar biasa

Ia menerima enjin B18C VTEC 1800cc yang dipasang pada model Acura Type R dan diberi nama Civic Aerodeck Wagon. Selain daripada mempu beroperasi sehingga 8000rpm dan menjana 170 kuasa kuda, wagon ini juga turut dipasang dengan LSD bagi pengendalian yang lebih baik di selekoh. Sangat ok bagi sebuah wagon dengan kapasiti muatan 1312 liter

5. Audi S6 5.2 FSI – adik beradik dalam keluarga Volkswagen tapi menggunakan platform C6 khusus untuk kegunaan Audi. Sama seperti Volkswagen Phaeton, daripada luar Audi S6 memang sebuah kereta mewah eksekutif dan bukannya sebuah kereta lumba. Jarak antara roda ialah 2843mm dan beratnya pula hampir mencecah 2000kg direka untuk keselesaan optimum

Tapi lain pula ceritanya pasal enjin kerana ia dikuasakan dengan enjin V10 FSI 40V DOHC 5200cc dan merupakan derivatif enjin yang sama digunakan oleh kebanyakan model supercar Lamborghini. Tapi enjin ini direka dengan lejang yang lebih panjang agar sesuai bagi kegunaan sedan yang berat yang menghasilkan 429 kuasa kuda dan 540Nm tork

Apabila dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan automatik ZF, Audi S6 mampu memecut 0-100km/jam dalam masa 5.2 saat tapi kelajuan maksima dihadkan kepada 250km/jam.

Sebenarnya banyak lagi model kereta sedan yang dipasang dengan enjin yang sama pada model sport atau supercar tapi ia perlu ditala sedikit agar sesuai dengan sedan yang lebih berat, lebih sesuai untuk pemanduan bandar dan lebih selesa.

Google ads
Back to top button