Buletin

FORD SIAR GAMBAR TEASER RASMI EVEREST 2023

Tidak pun lama selepas pelancaran trak pikap generasi baharu Ford Ranger, Ford kini menyiarkan gambar acah ‘kembar SUV’ yang menggunakan pelantar yang sama – Ford Everest 2023.

Disebabkan ia berkongsi platform yang sama, Ford Everest 2023 dijangka menawarkan pilihan enjin yang serupa seperti model Ranger, termasuk nadi diesel turbo 3.0 liter V6 sementara varian plug-in hybrid (PHEV) pula dijangka akan muncul kelak.

Unit yang ditunjukkan ini dilihat sarat memakai pelekat samaran, namun secara asasnya kita sudah boleh melihat bentuk sebenar SUV yang berkongsi banyak komponen dengan Ranger baharu itu.

Seperti contoh, reka bentuk muka hadapan dengan unit lampu serba baharu, unit lampu nyalaan siang LED berbentuk C, sementara profil belakang pula menampilkan bentuk badan SUV lima pintu dengan unit lampu serba baharu yang lebih moden.

Tiada sebarang gambar ruang kabin didedahkan, namun Ford Everest dijangka membawakan reka bentuk yang hampir sama dengan Ford Ranger, diikuti penawaran skrin tengah SYNC4 bersaiz 10 atau 12.1 inci.

Ford Everest 2023 akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2022.

Google ads
Back to top button