
NIO DEDAH SEDAN MEWAH EV ET5. PESAING TESLA MODEL 3, HARGA BERMULA RM218,000
Pengeluar kenderaan elektrik premium China, Nio mendedahkan model sedan mewah terbaharu dikenali sebagai ET5.
Sedan terbaharu itu dijangka akan memberi saingan kepada Tesla Model 3 dan BMW i4.
Model ET5 menampilkan rekaan moden hampir sama pada bahagian luaran dan dalaman dengan ET7 tetapi lebih kompak.

Ia memiliki ukuran dimensi lebih besar berbanding Tesla Model 3 iaitu 4,790 mm panjang, 1,960 mm lebar dan ketiggian 1,499 mm manakala jarak roda pula 2,888 mm.
Sedan elektrik Nio terbaharu itu mendapat khidmat motor elektrik berkembar 150 kW pada bahagian hadapan manakala di belakang 210 kW.

Gabungan dua kuasa berkenaan mampu mencecah 360 kW atau 483 hp dan tork 700 Nm.
Menurut pengeluar kenderaan, model terbaharu berkenaan mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 4.3 saat.
ET5 boleh mencapai jarak lebih 550 km dengan bateri jarak standard 75 kWh, lebih 700 km menggunakan bateri jarak jauh 100 kWj malah mampu mencecah sehingga 1,000 km apabila mendapat khidmat bateri jarak Ultralong 150 kWj.

Ciri-ciri menarik lain termasuk NIO Autonomous Driving (NAD), NIO Aquila Super Sensing dan sistem pengkomputeran NIO Adam Super , NIO PanoCinema, kluster instrumen HDR 10.2 inci dan kokpit panoramik digital.
Model ET5 dijangka memasuki pasaran September tahun hadapan dan dijual pada harga bermula AS$51,500 (RM217,664). – carscoops
- BACA: STRATEGI GILA AIWAYS TERBUKTI BERJAYA DI EROPAH. NIO, XPENG DAN BYD PUN TAK BOLEH LAWAN
- BACA: HONDA STEPWGN 2022. HIBRID e:HEV, HONDA SENSING, PASARAN JEPUN SAHAJA
- BACA: PERALIHAN PANTAS EV MUNGKIN BERI KESAN NEGATIF PADA INDUSTRI AUTOMOTIF?
- BACA: BMW CONCEPT XM – SUV PANTAS PHEV, RUPA PARAS AGRESIF, VERSI PRODUKSI MUNCUL TAHUN DEPAN