
HONDA ACCORD DIPANDU REMAJA 18 TAHUN HENTAM RUMAH – ASYIK SANGAT ‘VAPE ON’
Jabatan polis di Pinal County, Arizona telah mengenakan beberapa dakwaaan ke atas seorang remaja berusia 18-tahun selepas remaja terbabit melanggar sebuah rumah semasa memandu kereta jenis Honda Accord. Tu baru Accord, kalau Type R lagi naya Pak Karim.
Insiden berlaku awal pagi Selasa lepas tetapi semasa pihak berkuasa di tempat kejadian, remaja terbabit tidak menunjukkan sebarang tanda mabuk ataupun di bawah pengaruh alkohol. Cuma dia mengaku yang sebelum kejadian dia ada menunduk ke bawah untuk melihat alat vape pen. Alah, ni mesti baru beli kalau tak pun teruja dengan perisa terbaru di pasaran. Kena pulak perisa musang king campur petai. Pergh… jangan marah aaa vapers semua.
Video sewaktu Accord terbabit ditarik keluar menunjukkan bahagian hadapannya yang remuk teruk. Syukurlah penghuni rumah dan dua kanak-kanak yang ada di dalam rumah semasa kejadian tidak mengalami apa-apa kecederaan. Pemandu dan penumpang berusia 19-tahun juga selamat.

Kalau tengok pada kerosakan termasuklah beg udara yang dah siap diaktifkan ada harapan yang kereta ini akan terus diistihar ‘total loss’. Tak adanya nak baiki lagi macam kat sini.
Jabatan sheriff tempatan turut menasihatkan pemandu supaya mematuhi had laju di kawasan perumahan selain sentiasa memandang keadaan jalan semasa memandu. Hmm… yang jenis baca mesej WhatsApp 24 jam tu macam mana ya?
Kejadian seumpama ini sebenarnya sudah banyak kali berlaku dan sebabnya mudah sahaja, hilang tumpuan semasa memandu. Layan panggilan telefon, mesej, cucuh rokok, vape, layan anak kat belakang, memandu sambil riba anak, pandang awek kat sebelah dan berjuta lagi alasan kalau nak tulis satu-satu.
Jadi waktu memandu tu tolong jadi perhatian 200 peratus. Ini nak jadi pelumba konon tapi memandu macam otak kat buku lali.
https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=3041662822712539