
GAGAL MASUK KOKPIT.PENUMPANG TERJUN PESAWAT PENERBANGAN
Seorang penumpang terpaksa dibawa ke hospital selepas melompat keluar daripada pesawat yang sedang bergerak di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.
Menurut lapangan terbang itu dan SkyWest, pesawat United Express sedang berlepas dari pintu pagar selepas pukul 7 malam.
Ketika itu, lelaki itu cuba memecah masuk ke ruangan kokpit, namun tidak berjaya sebelum dia membuka pintu lain dan melompat ke bawah laluan kecemasan di landasan.
Lelaki itu berjaya ditahan polis dan mengalami beberapa kecederaan.
Kapal terbang yang sepatutnya berlepas ke bandar Salt Lake terpaksa berpatah semula ke pintu pelepasan akibat kejadian itu.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden gangguan kedua yang berlaku dalam tempoh dua hari di lapangan terbang itu.
Khamis lalu, seorang pemandu merempuh pagar berantai di sebuah kemudahan kargo FedEx dan menuju ke lapangan terbang. –Utusan Online
- BACA: PELURU BERPANDU BUK PUNCA KEMALANGAN PESAWAT MH17
- BACA: UNITED AIRLINES MAHU BELI 14 PESAWAT SUPERSONIK OVERTURE. SAN FRANCISCO KE JEPUN HANYA 6 JAM
- BACA: KLUSTER KAYANGAN ANJUR MAJLIS KAHWIN DI DALAM PESAWAT. TIADA PENJARAKAN FIZIKAL, PELITUP MUKA
- BACA: PESAWAT BATIK AIR BERGERAK SENDIRI, LANGGAR JET BRIDGE DI BALI






