
PESAWAT PERIBADI JADI PERHATIAN. WARNA DAN REKA BENTUK DALAMAN DIINSPIRASIKAN BENTLEY MULLIER BACALAR
Sebuah helikopter Sikorsky S-76 serta pesawat Gulfstream G650 milik persendirian menarik perhatian pengunjung acara The Quail dan Pebble Beach Concours d’elegance di California.
Warna dan reka bentuk dalaman helikopter Sikorsky S-76 diinspirasikan dari Bentley Mulliner Bacalar. Seperti yang kita ketahui, Bentley hanya mengeluarkan 12 unit Mullier Bacalar, sebuah kenderaan berprestasi dengan dua tempat duduk.

Ketua Pegawai Eksekutif Flexjet, Michael Silvestro berkata, dengan mempamerkan helikopter dan pesawat milik usahawan penerbangan bernama Kenn Ricci ini, ia dapat menghubungkan peminat automotif untuk melihat lebih dekat lagi bahagian dalam LXi Flexjet.
Kenn Ricci merupakan pelanggan tetap Bentley sejak lebih 10 tahun lalu, selain pernah bekerjasama dengan Bentley menghasilkan beberapa unit kereta. Dengan minat dan pengalaman, ia diaplikasikan sebaik mungkin dalam projek ini.
“Seperti Bacalar, di mana tidak ada dua yang serupa, kami hanya menggunakan bahagian dalam ini dalam salah satu helikopter kami serta salah satu pesawat Gulfstream G650.”

Antara ciri Bacalar yang terdapat dalam helikopter Sikorsky S-76 ialah warna unik Julep pada Bacalar, iaitu kemasan signifikan berwarna kameleon perak hijau.
Sementara di kabin terdapat reka bentuk kepala tembaga serta sulaman corak bakul pada kerusi kulit berwarna Linen dan Beluga.
Bahagian lain pula menerima kemasan Riverwood berusia 5,000 tahun, Satin Bacalar Bronze dan karpet corak berlian.

Menurut pemilik Flexjet, Lockheed Martin, lebih 875 pesawat S-76® telah dihantar ke seluruh dunia sejak 1977.
“Sikorsky berbangga dengan warisan armada S-76. Dengan lebih daripada 7.5 juta jam penerbangan berjaya dicatat, kami komited untuk menyokong platform dan penambahbaikan produk secara berterusan,” kata Lockheed Martin.
Walau bagaimanapun, tiada kemas kini dikeluarkan secara terperinci bilakah S-76 mewah ini mula beroperasi.
- BACA: PRESIDEN MEXICO CUBA JUAL PESAWAT MEWAH. MAHU GUNA WANG BELI PERALATAN PERUBATAN
- BACA: INILAH RUPA KABIN PESAWAT MEWAH ARAB SAUDI – RAJA SALMAN BIN ABDULAZIZ
- BACA: LAPANGAN TERBANG ANAPA DI RUSIA TAWAR PAKEJ ‘I WANNA FLY’. RASAI PENGALAMAN SEBENAR BERADA DALAM PESAWAT, TANPA PERGI KE MANA-MANA
- BACA: BOLEH SEWA JET MEWAH PRESIDEN MEXICO UNTUK KENDURI KAHWIN